Kelebihan mendirikan solat berjemaah..
Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah
Pembaca yang dirahmati Allah, pada hari ini ustazah telah membaca sebuah buku yang berjudul “Pahala Hidup 7000 tahun!”
Suka ustazah kongsikan di sini satu tajuk kecil di dalam buku tersebut iaitu ” Kelebihan pergi mendirikan solat berjemaah”
Sebuah hadis sohih atau hadis hasan (yang diterima)pada sesetengah ulama iaitu sabda Baginda saw:
“Sesiapa yang berjalan untuk mendirikan Solat Fardhu berjemaah, maka ianya seperti pahala Haji, dan sesiapa yang berjalan untuk mendirikan Solat Sunat Dhuha maka ianya, seperti pahala Umrah Sunat”.
Mungkin apabila membaca hadis ini kita berasa ragu2 kerana takkanlah hanya dengan berjalan untuk pegi mendirikan solat berjemaah akan mendapat satu pahala haji!.
Perlu diingatkan bahawa hadis ini telah dihukumkan Hadis Sohih , ini menunjukkan hadis ini membawa erti yg besar iaitu perkara-perkara yang diwajibkan oleh Allah Taala sudah tentu mempunyai ganjaran yang amat besar sekali.
Bahkan ada amalan2 sunat yang tidak sah dilakukan jika amalan yang wajib belum diqadha’kan (ganti).
Tetapi ramai , kalau kita perhatikan di kalangan masyarakat Islam yang terlampau mengambil berat amalan2 sunat, sehinggakan amalan wajib tidak diambil berat.
Wallahu’alam
-ustazah azimah-


