Kelebihan Membaca Al-Quran..
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu ustazah memohon maaf kpd pembaca yang sudi singgah dan melawat blog ustazah yg sudah lama tak di up date oleh kerana kekangan masa dan perkara2 yg tak dapat di elakkan.
Pada kali ini ini suka ustazah berkongsi tajuk
” Kelebihan Membaca Al-Quran”
Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:-
1. Ibadah yang paliong utama dari segi bacaan
2. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibn Majah digandakan 400x, Ibn Al-Jauzi digandakan 700x)
3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan pokok di syurga
4. Mengikut Ibnu Abbas r.a pembaca Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus
5. Selamat dari api neraka-mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia bersama malaikat
6. Pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela
7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga
8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat
9. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin
10. Menjadi cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit
11. Jika di baca di dalam rumah, ajan memberi cahaya kepada rumah itu
12. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat.
13. Pembaca yang mahir dan baik bacaan, diutamakan menjadi imam solat
14. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran quran
15. Mempelajari satu ayat lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat
Sumber : Buku bertajuk ” INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT “





November 11th, 2009 at 3:06 pm
Assalammualaikum wbth Ustazah,
Membaca Al Quran sememangnya penenang jiwa.. Lebih2 lagi bila sambil menyemak tafsir yg slama ni sy buat x tahu.. tp alhamdulillah, kini sy mengambil kira setiap ayat yg sy bc mlalui tafsir..
November 11th, 2009 at 11:27 pm
salam buat ditizan,
betul tu, kalau kita jenis yg dh biase baca quran cth: tiap2 hari baca walaupun sikit. paling lekeh pun 1 muka surat le. bila time period rasa macam lain je, tk sabar2 nk suci, nk baca quran lagi..rindu..!