Jenis2 Ilmu..
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah dapat lagi ustazah menulis di ruangan maya ini. Pada kali ini suka ustazah berkongsi tentang tajuk ” Jenis-jenis ilmu” pula.
Bahagian Pertama:
Ilmu Fardhu Ain
# untuk mengetahui perkara 2 yg berkaitan dengan soal keimanan dan aqidah. Contoh nya sifat2 Allah, Sifat2 Rasul, Malaikat, Syurga dan Neraka serta Hari Kiamat dll.
# untuk memelihara daripada iman menjadi cacat ataupun rosak tanpa disedari. Misalnya apabila ditimpa musibah atau bencana kita tidak menyalahkan takdir Allah , malah kita ikhlas menerima dengan redha segala ketentuan-NYa.
Ilmu Fikah;
# Untuk mengetahui perkara2 yg berkaitan dengan ibadat seperti bersuci, solat, puasa dsb. Agar ibadat yg kita lakukan sah dan diterima oleh Allah SWT.
# untuk mengetahui perkara2 yg berkaitan dengan urusan jual beli menurut lunas2 dan undang2 islam. Agar urusan jual beli kita itu terhindar dari riba, menipu dan sebagainya.
# Juga untuk mengetahui perkara2 yg berkaitan dengan nikah kahwin dan hidup berkeluarga dijalani mengikut syariat. Hidup dirahmati Allah serta mendapat keberkatan dari-Nya .
Ilmu Tasawuf ;
# Untuk mengetahui perkara2 yg berkaiatan sifat dgn penyakit hati seperti sabar, redha, pemaaf, bakhil, sombong dll. Hati yg baik akan mendorong kita melakukan perkara yg baik.
# Untuk ,mengetahui cara hidup (akhlak) yg diredhai Allah dan disenangi sesama manusia sprt adab makan minum, adab dgn ibubapa, jiran, rakan2 dsb.
Bahagian Kedua:
Ilmu Fardhu Kifayah;
Segala macam ilmu yg diperlukan untuk manfaat dan kegunaan umat ISlam misalnya ilmu kedoktoran, perguruan, perniagaan, pertanian dll. Semua ilmu tersebut sangat dipelajari kerana ia berkaitan dgn kehidupn sehari2. Jika tidak ada orang ISlam yg menguasai ilmu fardhu kifayah berdosalah seluruh umat islam.
Wassalam
-ustazah azimah-


