Perkara Yang Membatalkan Solat..
Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah
Bertemu lagi kali ini, sudah lama ustazah tak up date blog ini kerana sibuk menyemak dan menanda kertas peperiksaan akhir tahun. Disamping menemani anak2 ulangkaji. Maklumlah kan, ustazah kenalah dulukan kerja yang utama yg telah dipertanggung jawabkan.
Suka ustazah kali ini berkongsi tajuk:
“PERKARA2 YG MEMBATALKAN SOLAT”
1. Tidak suci dari najis samada pakaian,tubuh badan dan tempat.
2. Membelakangkan kiblat.
3. Meninggalkan niat fardhunya
4. Berniat untuk memutuskan solat (telepon bunyi nanti aku angkat)
5. Tidak tomakninah
6. Putus silsilbus (kencing tak tus) , kalau nk solat kenalah sumbat
7. Meninggalkan salah satu rukun dgn sengaja
8. Mendahului imam dengan 2 rukun
9. Keguguran najis pada kain atau badan (darah,tahi cicak dll)
10. Tidak niat mufaraqah(tidak solat mengikut imam) bila terlihat najis pada kain imam.
11. makan dan minum ketika solat
12. Mengambil wudhuk dgn air yg bukan air mutlak
13. Berdehem-dehem ketika solat
14. Mengerang-ngerang ketika solat
15. Menanggis sehingga ternyata 2 huruf
16. Bercakap-cakap dlm solat
17. Tidak suci dari hadas kecil dan hadas besar
18. Meninggalkan rukun solat ( fi’li, qauli dan qalbi)
19. Lelaki berimamkan wanita
20. Murtad
21. Sembahyang duduk walaupun berkuasa berdiri
22. Meninggalkan tertib dlm solat
23. Tertawa hingga ternyata 2 huruf
24. Menambah rukun fi’li
25. Bergerak-gerak tiga kali berturut-turut
Sekian dahulu, sampai jumpa lagi! Ketika solat elakkan dari melakukan perkara di atas supaya solat kita tidak terbatal.
Wassalam
-ustazah azimah-






February 11th, 2010 at 10:09 am
saya nak tanye
1)brp luas kawasan temapat solat yg x perlu ada najis
2)batal ke solat kalau telan kahak
3)Batal ke solat jika makanan terlekat celah gigi dan air liur melaluinya kemudian tertelan air liur tersebut.
April 27th, 2010 at 5:03 pm
ustazah saya nk tanya satu soalan. sah kah solat seseorang itu jika ia memakai deadorant atau minyak wangi ketika sembahyang
April 29th, 2010 at 5:36 pm
salam buat atiesaif
sah, itu pun jika minyak wangi dan deodorant yg dipakai itu tidak mengandungfi alchohol.