Batu pun nak masuk syurga?..
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah bertemu kita lagi pada kali ini yang mana tajuk yg ustazah suka nak kongsikan kpd semua pembaca yg setia iaitu cerita “Batu pun hendak masuk syurga? “
Pembaca yang dirahmati Allah semuanya,
Pada suatu hari Rasullulah saw melawat puteri kesayangannya Fatimah Az-Zahra dirumahnya, semasa itu Syaidina Ali tiada di rumah. Ketika Baginda Nabi sampai di rumah dia melihat puteri kesayangannya itu sedang sibuk mengisar gandum dijadikan tepung untuk dibuat roti. Setelah dijemput masuk oleh puterinya, Fatimah pun mengadu dengan Rasulullah ayahanda tercinta. ” Ayahanda tolonglah beritahu kepada suamiku Ali supaya ia mencari seorang hamba untuk membantuku. kerana aku sudah tidak larat lagi wahai ayahanda”. Baginda sedih mendengarkan luahan puteri kesayangannya itu. Sehingga menitis air matanya. Tapi dipalingkan mukanya supaya tidak dilihat oleh puteri kesayangannya itu. Tapi sememangnya baginda terkenal dengan kebijaksanaannya. Baginda pun berkata kepada puterinya itu ” wahai Fatimah bukankah engkau ini puteri Rasullulah, engkau juga nanti yang akan masuk ke syurga Allah terlebih dahulu daripada oranglain. Jika engkau merasakan perbuatanmu, menguli tepung sangat berat, kau ucapkanlah subhanalah 33x,Alhamdulilah 33x dan Allahu Akbar 33x. Agar ringan segala pekerjaanmu nanti.
Dan tasbih itu juga dinamakan tasbih Fatimah.
Lalu Rasulullah pun menyingsing lengan bajunya dan mengambil alih kerja puteri kesayangannya itu. Sambil Baginda memegang batu giling pengisar gandum itu, baginda mengucapkan zikir atau tasbih yg diajarkan kepada puterinya tadi. Dengan izin Allah tak semena2 batu giling yang dipegang oleh Rasullullah itu berkata2 ” Wahai Rasullullah manusia senang sahaja nak masuk syurga dengan mengamalkan zikir dan tasbih itu, bagaimana pulak dengan aku dan keturunan ku?” Rasulullah kehairanan dan bertanya ” wahai batu engkau pun nak masuk ke syurga juga ke? dan kenapa engkau nak ke sana” . “ya aku nak masuk syurga, kerana aku takut dan tidak tahan akan panas api neraka” jawab batu itu. Lalu Baginda berdoa kepada Allah memohon supaya Allah memasukkan batu giling itu ke dalam syurga.
Lihatlah ya pembaca, batu pun nak masuk syurga dan taknak masuk neraka. Bagaimana pula dengan kita?
Tasbih inilah yang ringan bacaannya tetapi berat timbangan amalannya. Jika di amalankan setiapkali selepas solat fardhu kita akan beroleh keberkataan kerana mengamalkannya. Contoh kita beli barangnya sama dengan rakan kita, kualiti pun sama kadang2 di kedai yang sama tapi harga yang kita perolehi dari tuan kedai itu berbeza dengan rakan kitra tadi. Harga kita ada diskaun pulak!(ini kisah benar). Boleh juga diamalkan ketika melipat baju, membasuh kain, membasuh dan mencuci pinggan mangkuk dan lain2. Mungkin ada kejutan2 lain yang Allah berikan menghiasi kehidupan kita seharian..InsyaAllah.
Wassalam
-ustazah azimah-



October 28th, 2009 at 6:13 am
salam ustazah,
Memang benar tentang kehebatan tasbih Fatimah tu..sebenarnya ianya sangatlah mudah, boleh diucapkan selalu tak kira masa itu lebih baik dari mengucapkan perkataan lain yang sia2..Alhamdulillah sekak kak zai pratikkan semua kerja menjadi mudah dan tiada masalah…begitulah hebatnya penangan ayat2 Allah….Subhanallah..
Allahuakbar..
Itulah hikmah kebesaran Islam dan menjadikan kak zai sentiasa bangga dilahirkan sebagai islam dan ingin terus kekal beriman dan mati juga sebagai muslimah sejati…
October 28th, 2009 at 8:33 am
salam kzai,
memang begitulah, setiap perbuatan dan amalan yg baik dilakukan ikhlas kerana Allah, pasti dibalas jua dgn kebaikan. Janji Allah itu pasti. Moga kita semua beroleh kebaikan di dunia dan juga di akhirat insya Allah.
December 26th, 2009 at 2:51 am
assalamualaikum ustazah. Boleh tak saya tahu dari manakah sumber kitab yang menceritakn tentang kisah batu bercakap ini? harap sangat dapat dikongsikan dengan saya. sekian terima kasih.
January 1st, 2010 at 4:51 pm
salam humaira cerita itu ustazah dengar dari Ustazah Siti Norbahiyah. dalam CD ceramahnya.