Taubat..
Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan
Bertemu lagi kita pada kali ini dengan tajuk “TAUBAT” yang suka ustazah nak kongsikan bersama rakan pembaca.
TAUBAT bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan syarat2 tertentu.
Dengan sifat Allah yang Maha Pengampun dan MAha Penyayang, kita sebagai hamba diberi peluang untuk bertaubat setelah melakukan dosa.
Firman Allah swt yang bermaksud: “dan mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani”. (surah Muzammil:20)
Syarat2 taubat:
1.Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan
2. Menyesal atas segala dosa yang telah dilakukan
3. Bercita-cita tidak mengulanginya lagi
4. Mengembalikan hak-hak makhluk yang telah dizalimi
5. Mengerjakan perakra-perkara fardhu yang telah ditinggalkan selama melakukan dosa
Sudah fitrah manusia yang dijadikan Oleh Allah ke dunia ini tiada yang sempurna sepenuhnya. Kita pasti akan melakukan dosa dan ada kesilapan sama ada secara sedar atau tidak. Hanya para Nabi dan Rasul sahaja yang bersifat ma’sum atau terpelihara dari melakukan dosa.
HIKMAH TAUBAT :
1. Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa
2. Mendekatkan diri dengan Allah swt
3. Membenteras tipu daya syaitan selama ini
4. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah swt dalam kehidupan di dunia dan akhirat
5. Hubungan baik sesama manusia dapat dikekalkan
6. Membersihkan kekotoran hati
DOA MEMOHON TAUBAT:
” Ya Allah , janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau memberi Pertunjuk dan berikanlah rahmat kepada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau yang Maha banyak memberi pemberian.
Sekian, Wassalam
-ustazah azimah-


