Solat Cara Nabi..Bhgian 3
Assalamualaikum wbt dan Salam Penuh Kerahmatan
Bertemu lagi kita pada kali ini dan ustazah ingin menyambung tajuk “Solat cara Nabi saw” kali ini berkaitan dengan “duduk antara dua sujud/ duduk iftirasy= duduk tahiyat Awal”
Duduk antara dua sujud itu merupakan rukun yang pendek maka tidak boleh memanjangkan masa duduk memadai sekadar sunat membaca “rabbighfir li, war hamni, wajbur ni, warfa’ni, war zuqni. wahdini, wa’aafini, wa’fu’anni”.
Yang bermaksud : “Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, tutupilah aib aku, tinggikan darjatku, berilah aku rezeki, tunjukkilah aku sejahterkanlah aku dan maafkan aku”.
Cara duduk antara 2 sujud yang betul ialah:
Nabi saw Duduk dengan tertumpu di atas telapak kaki kiri, dan menegakkan telapak kaki kanan. Hendaklah meletakkan tangan di atas peha dan hujung jari tidak mkelebihi lutut. Cakap yg paling mudah punggung atas kaki kiri, ibu jari kanan kita tegakkan.
Kesalahan yang selalu dilakukan ramai orang ialah duduk tertumpu di atas kaki keduanya. sehinggakan, kedua kaki itu terbentuk seperti huruf V atau X. Kedudukan kaki yang sebegini ialah kedudukan yang salah. Perlu diingatkan bahawa duduk antara 2 sujud ini ialah rukun fi’li (wajib betul kedudukan duduknya).
Memang ramai di luar sana yang salah kedudukan atau cara duduknya mungkin ini telah diwarisi dari atuk2 bapa2 kita dan ustaz2 kita terdahulu. Ustazah dulu pun begitu. Tetapi setelah belajar lagi dan mempelajari perlakuan solat yang betul, dah ok dah. Ini yg suka nak kongsi..
Itulah keadaanya.., bila berkumpul solat ramai2 yang anak2 kecil dah sempurna dan betul cara duduknya tetapi menyedihkan yang tua2 masih lagi duduk cara lama yang tak betul dan telah diwarisi lama dulu. Jom kita betulkan duduk antara 2 sujud / duduk Iftirasy kita.
Adalah diingatkan bahawa cara duduk antara 2 sujud ini atau duduk iftirasy juga sama dengan cara duduk tahiyat awal.
Adapun kedudukan jari ketika membaca tahiyat awal adalah dengan jari kanannya seperti berikut : menggenggam jari kelingking dan jari manis dan mentautkan jari tengah dengan ibu jari serta mengisyaratkan_(i) jari telunjuk, setiapkali mengucapkan kalimah tasyahud. (i) Menurut syeikh Al-Bani, selain dari mengisyaratkan Rasullullah juga menggerak-gerakkan jari telunjuk baginda.
Sekian untuk kali ini
Wassalam
-ustazah azimah-








