Jenis2 darah wanita..
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita pada kali ini dengan tajuk yg suka ustazah nak kongsikan iaitu tajuk yg sangat rapat dengan orang perempuan atau wanita iaitu
” JENIS2 DARAH”
Peti email ustazah didatangi soalan ini:
(Kali pertama)
assalamualaikum..
saya ada kemusykilan tentang darah yang keluar semasa mengandung.adakah darah itu dikira seperti darah haid atau tidak?adakah wajib bersolat seperti biasa?
(kali kedua)
saya turun darah kerana keguguran.itu dikira darah kotor ke?
Pembaca yang dirahmati Allah,
Adapun darah untuk wanita itu ada 4 jenis darah:
1. Darah Haid - darah kotor yang keluar dari rahim perempuan yang bukan darah penyakit. Tempoh kedatangan haid sekurang2nya sehari semalam, Selama-lamanya 15 hari. Kebiasaan normal enam hari tujuh malam. Haid bewarna merah kehitaman, kuning tua atau berwarna coklat.Orang yang didatangi haid tidak wajib solat dan tidak boleh melakukan ibadat2 lain sehingga tempoh suci dan melakukan mandi hadas besar.
2. Darah Istihadah - darah penyakit , yang keluar melebihi kebiasaanya, umpamanya jika kebiasaan seorang wanita itu haid 15hari dan 15 malam, tetapi pada hari ke enam belas masih lagi keluar darah, maka darah itulah yg dinamakan ‘istihadah’ orang berdarah istihadah ini wajib menunaikan solatdan amalan2 lain seperti biasa.
3. Darah Nifas - darah yang keluar daripada rahim perempuan disebabkan melahirkan anak(bersalin) dan juga wanita yang keguguran juga dinamakan nifas. Tempoh darah nifas paling minimum satu lahzah (sedetik). Kebiasaanya 40 hingga sebanyaknya 60hari. Maka tidaklah wujud 44hari seperti amalan orang2 melayu.
4. Darah Wiladah - darah yang keluar mengiringi bayi ketika dilahirkan oleh ibunya ke dunia ini.
PERKARA YG HARAM KETIKA HAID DAN NIFAS:
1. Solat
2. Puasa
3. Membaca Al-Quran, menyentuh dan membawanya
4. Tawaf
5. Bersetubuh/Jimak
6. Bercerai (orang haid sahaja) tapi talaknya jatuh
7. Iktikaf (berhenti) di Masjid
Peringatan:
Wanita yang haid/nifas boleh membaca basmalah sebagai zikir, membaca ayat2 pelindung diri seperti ayatul kursi dan 3 qul
Semoga catatan ini dapat membantu menyelesaikan masalah si pulan yg bertanya dan juga para pembaca yang lain.
Wassalam
-ustazah azimah-



December 9th, 2010 at 2:37 pm
Assalamualaikum Ustazah…… Saya bermasalah dalam haid saya. Sebelum berkahwin pada bulan 6 lepas saya tak datang period selama 10 bulan… sebelum haid saya tak datang langsung, haid normal saya 8 hari… tp datang 2 bulan sekali…
seminggu sblm berkahwin saya didatangi haid yg sedikit sedikit… jadi ianya berpanjangan sehinga 20 hari.. pada bulan 9, 10, 11 nie period saya lebih kurg 15 hari tapi keluarnya sedikit2 setompok2.. soalan saya…
1) adakah setiap kali darah istihadah yang keluar pada hari ke 16 dan seterusnya saya perlu mandi wajib setiap kali sblm solat…
2) Kalau normal period saya 7 8 hari adakah hari ke 9 dikira darah istihadah?
3)
January 12th, 2011 at 6:11 pm
salam hamba Allah
1. haid tempohnya 1-15hari dan 15 malam
2. sekiranya selepas 15 dan pada hari yg ke16 kita mesti mandi wajib dan melakukan solat biasa walaupun terpaksa memakai tuala wanita(pad)
3. tk perlu mandi wajib setiap kali nk solat ketika kita kedatangan darah penyakit iaitu istihadah.
4. walaupaun kebiasaan haid anda 7-8, tetapi ada satu ketika ia berlanjutan sehingga 9 atau 10 hari ianya tidak dikira isthihadah.
nasihat saya jika darah haid berlarutan sehingga 16-20 hari segeralah berjumpa dgn dktor sakit puan ye
March 22nd, 2011 at 8:32 pm
Assalamu’alaikum Ustazah,
saya ingin bertanya 1 soalan. ketika kandungan saya memasuki 2 bulan, saya mengalami pendarahan. pihak doktor telah mengesahklan janin saya tidah sihat dan menyarankan agar proses pengguguran berlaku secara semula jadi. adakah darah ini tergolong dalam istihadah? adakah saya di bolehkan solat/mengaji?