Solat Cara Nabi saw Bhg. 2..
Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan
Bertemu lagi kita pada catatan ustazah kali ini dengan tajuk ” Solat Cara Nabi saw Bahagian Ke 2″
Adapun NabiĀ kita sujud dengan mendahului kedua lutut dan sebelum tangannya ketika turun untuk sujud.
Dalam satu riwayat hadis mengatakan ketika Nabi saw sudah tua dan uzur Rasullulah sujud dengan turun kedua tangannya dahulu kemudian barulah lututnya.
Kita dikehendaki sujud dengan 7 anggota sujud iaitu 2 kaki, 2 lutut, 2 tangan, kening,dahi dan beserta hidung dikira satu.
Kita tidak dibenarkan mengangkat salah satu dari anggota sujud yang disebut di atas tadi dari tempat sujud, kecuali kerana keuzuran. Sujudlah sekadar yang mampu.
Adapun ramai yang ustazah lihat bagi perempuan selalu sujud di atas kain telekungnya, bukannya tempat sujud (atas sejadah). Jadi selepas ini janganlah buat begitu lagi hendaknya.
Ketika sujud, di sunatkan juga kita merenggangkan jarak antara lengan atas dan rusuknya.
Kedudukan tangan kita mestilah separas/setentang dengan bahu kita.
Tetapi telapak kaki yang harus dirapatkan (tumit). kalau tak boleh rapat pun tiadak mengapa.
Tidak dibenarkan kita merebahkan kedua lengan tangan dilantai ketika sujud, berdasarkan Hadis Nabi saw ertinya ” Janganlah kamu merebahkan lengan tangan dilantai seperti anjing ketika sujud”
Sekian dahulu, Wassalam
-ustazah azimah-



October 20th, 2009 at 10:22 am
Assalamualaikum ustazah. Ramai yg amik mudah akan hal ni. artikel jelas menunjukkan cara sebenar sujud dalam solat tq.
October 20th, 2009 at 8:21 pm
salam kk, tu le bila lihat org2 yg solat di masjid time sujud tu mcm2 style dan fesyen. adang2 kelakar juga ustzah tgk. marilah kita perbetulkan perlakuan solat kita. Kerana solat boleh menghalang kita dari melakukan kemungkaran. Tapi bilamana ada org yg solat tp tetap sahaja melakukan mungkar ini bermakna mungkin perlakuan solatnya ada yg tk betul atau tk sempurna.. Marilah kita muhasabah diri kita dan cara kita solat rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fi’linya
dgn betul. barulah kita akan mendpt “ruh solat”.
wallahu’alam