Solat Cara Nabi saw..Bhg 1
Assalamualaikum wbt dan Slam Sejahtera
Bertemu kita lagi pada kali ini dengan tajuk yang sangat2 ustazah nak kongsikan dengan pembaca semua iaitu bertajuk ” Solat Cara Nabi saw”
Melalui pembacaan ustazah dari buku “SIFAT SOLAT NABI SAW”
Rasulullah saw telah bersabda, Ertinya: “Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat”
dari hadis ini boleh kita ikuti tatacara yang terbaik untuk perlakuan solat kita dalam kehidupan dan amalan seharian. Yang mana Nabi saw tidak lakukan janganlah pula kita lakukan demi mengimarahkan sunnah Nabi saw.
1. Takbiratul Ihram :
- diucapkan dengan lisan(bukan di dalam hati) Harus menguatkan sedikit suara ketika bertakbir.
- disunatkan mengangkat kedua tangan setentang bahu ketika bertakbir dengan merapatkan jari jemari.
Ini berdasarkan sebiuah HAdis diriwayatkan oleh Abdullah b Umar r.a berkata : ” Rasulullah saw biasanya mengangkat tangan setentang bahu, jika hendak memulakan solat, setiapkali bertakbir untuk rukuk dan bangkit dari rukuk (iktidal)-(Muttafaqun alaihi)
- Atau Nabi saw juga pernah mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan Hadis Malik Al-Huwarits , Ertinya: Rasulullah saw biasa mengangkat kedua tanganntya setentang telinga setiapkali bertakbir”.
2. Kemudian Nabi saw menggenggam pergelangan tangan kirinya dgn tangan kanan serta letak atas dada.bermaksud meletakkan telapak tangan kanan di atas telapak tangan kiri.
3. Mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Berdasarkan hadis Aisyah r.a mengenai sifat solat Nabi saw , Ertinya : ” Rasulullah saw tidak mengalihkan pemandangannya dari tempat sujud (dlm solatnya)”.
4. Rukuk - Meratakan punggungnya selaras dengan kepala (membongkokkan sedikit badan), merenggangkan jari jemari tangannya serta menempatkannya dengan baik pada lutut.
-Jangan membongkok sehingga kepala kebawah kerana terlampau tunduk
-atau juga paras belakang badan mendongak ke atas.
jika di letakkan buku atau sesuatu benda atas badan ketika ruku yang betul benda atau buku tadi tidak jatuh. jika jatuh ini bererti cara rukuk kita tidak betul.
Sekian dahulu untuk Solat Cara Nabi saw Bahagian Satu.
Sampai jumpa lagi, Wassalam
-ustazah azimah-


