Memperolehi Rezeki Yang Berkat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dikesempatan ini ustazah nak kongsikan satu lagi tajuk :“Langkah Memperolehi Rezeki Yang Berkat”

Antara langkah2 yang patut kita ambil dan ikuti demi mendapat keberkatan dalam mencari rezeki dan beroleh rezeki yang berkat. Keberkatan itu tidak kelihatan tapi kita akan dapat merasainya..Percayalah!

Langkah yang harus kita ambil seperti berikut:

1. Membetulkan niat semata-mata kerana Allah – apa saja yg kita lakukan mestilah diniatkan hanya kerana Allah.

2. Beriltizam dengan solat Dhuha – waktu yang paling baik melakukan solat sunat dhuha ialah pada saat matahari terik. Sabda Nabi saw maksudnya : “Wahai anak Adam , solatlah untuk-Ku empat rakaat pada awal siang, nescaya Aku akan mencukupkan bagimu akhirnya”.

3. Istiqamah dalam menjayakan tugasan – ini bermaksud melaksanakan sesuatu secara tetap.

Fakta Penting tentang Istiqamah:

  • Istiqamah ialah konsisten dalam kerja
  • Lakukan kerja biar sedikit tapi berkekalan
  • Amalan yang disukai oleh Allah juga biarlah sedikit asalkan berkekalan, bukan melakukannya dengan banyak tapi tidak berterusan.

Semoga catatan ustazah kali ini memberi manfaat kepada semua yang sudi membacanya..

Wassalam

-ustazah azimah-

10 thoughts on “Memperolehi Rezeki Yang Berkat..

  1. Salam Ustazah,

    Mmg benar tazkirah diatas, sukakan kat perenggan

    “Amalan yang disukai oleh Allah juga biarlah sedikit asalkan berkekalan, bukan melakukannya dengan banyak tapi tidak berterusan.”

    ini adalah peringatan yang sering kita lupa, contohnya sangat mudah, bila ditimpa kesusahan kita sering bangun ditengah malam bersolat sunat dan membaca Al-Quran dll lagi utk memohon perkenan Allah atas doa2..tetapi setelah mendapat apa yg dihajati kita mulai lupa utk berterima kasih kpd Allah iaitu dgn meneruskan amalan sunat2 tersebut..bukan saja pada oranglain kenyataannya terjadi pada kak zai sendiri.. terima kasih atas peringatan yang sangat baik…

  2. salam kzai,
    memanglag ramai yg macam tu sama juga saya. sebb tulah stiap hari kita bgn dgn cita2 dan azam spy kita dpt menjadi hamba Allah yg bertaqwa. banyakkan beristighfar dan bertaubat. Selalu melakukan sujud syukur tanda terima ksh kita kpd-Nya. Mengingatkn org lain sama mengingtkan diri sendiri. Jom kita lakukan ya kzai..sama2

    ustzh azimah

  3. assalamualaikum ustazah, macam mn ustazah kalau bila di tempat kerja ada yang buka internet yang bukan untuk tujuan kerja. contohnya sambil2 wat keja sambil2 buka internet.. masuk website kee..kalau cmtuh mcm mn rezeki yg diperolehi atau contohnya semua kerja dah beres kemudian guna masa kerja untuk buka internet..adakah berkat ataupun tidak walaupun halal.

  4. salam

    jika buka internet bukan utk urusan kerja sekiranya kerja sudah selesai tk mengapalah. mungkin buka internet utk mencari maklumat2 baru sbg pengetahuan. Boleh juga mencetus idea dan memajukan kerjaya. tak salah kalau begitu. Yang salah bila semasa kerja/tengah bekerja sambil2 membuka internet tmbahan sekrg ni ramai yg suka ber facebook tk boleh le..

  5. Salam,

    Bagaimana sekiranya seorang isteri yang bekerja tetapi jauh disudut hatinya dia tidak ikhlas dan tidak suka terhadap pekerjaan yang dilakukannya? Adakah pendapatan yang diperolehinya itu berkat sedangkan dia selalu meninggalkan solat kerana terkejar ke sana sini bagi memenuhi temujanji kerjanya? Walaupun pekerjaannya halal, tetapi berurusan dengan lelaki setiap hari, temujanji, lunch, dinner dsb nya menyebabkan ada rasa was-was di dalam hati tentang keberkatan rezeki yang diperolehi. Adakah wajar untuk dia berhenti kerja sedangkan dia mempunyai komitmen terhadap keluarga?

  6. Salam buat yg bertanya,

    1.Seseorang itu wajib mencari pekerjaan yang halal pastinya.
    2. Pekerjaannya itu tidak menghalang ia dari melakukan tanggungjawabnya kepada Allah seperti solat dn sebagainya
    3. Jika saudari merasakan tidak selesa dan was2 dgn pendapatan serta cara bekerja saudari sebaiknya saudari berhenti, mungkin itu nyg terbaik
    4. Banyak lagi pekerjaan yg boleh dilakukan untuk mencari wang sara hidup dan tidak meninggalkan tanggungjawab kepada Allah.

    Wassalam

  7. Salam Ustazah

    Terima Kasih di atas nasihat ustazah. Saya sangat menghargainya :)
    Insyaallah, bertambah kuat semangat saya untuk mencari kerjaya baru.

  8. salam to azza

    kadang2 halal haram dalam mencari pendapatan agak rumit persoalannya. pekerjaan yg haram sudah tentulah perolehan wangnya menjadi haram. tp ada juga kerja yg halal tp cara yg kurang betul akan menjadikan pendapatannya haram. sbg contoh berniaga di pasar malam tepi masjid , azan berkumandang tp peniaga buat selamba seolah2 tk dgr pun azan. akhirnya peniaga tk pergi pun solat maghrib..pelanggan dtg ramai duit pun byk masuk tp tk juga senang2. duit keluar lalu mcm air saja. Mengapakah ini terjadi..?? mungkin tidak ada keberkatan.. marilah kita bersama menyemak cara hidup kita dan cara kita bekerja. ada byk perkara atau tggjwb yg Allah perintah tp kita tk lakukan.. cthnya solat , zakat, puasa itu yg wajib dulu kita cek..barulah kemudiannya cek pula amalan2 sunat.. sekian

  9. Salam ustazah..

    Bagaimana dgn seseorang yg sering pulang bekerja awal sedangkan waktu bekerja beliau adalah dari pukul 8 – 5 ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>