Rahsia Murah Rezeki..
Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan..
Bersua lagi kita dengan tajuk yang suka ustazah kongsikan di si ni ialah petua untuk murah rezeki melalui sumber bacaan ustazah dari buku “101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang” keluaran Telaga Biru”
Erti murah rezeki ialah rezeki yang mudah atau senang didapati setelah berusaha dan berikhtiar dengan jalan yang halal. Dan rezeki yang diperolehi itu pula mencukupi keperluan keluarga. Erti mencukupi bukanlah sehingga ke tahap membazir.
Untuk mendapat kemurahan rezeki yang mencukupi buat kita sekeluarga amalkanlah petua2 dan rahsia2 di bawah ini :
1. Beristighfar dan bertaubat
2. Bertaqwa kpd Allah
3. Sentiasa mengingati Allah
4. Bertawakkal kpd Allah selepas berusaha
5. Beribadah sebenar-benarnya kpd Allah swt
6. Mengerjakan Haji dan Umrah
7. Menjalin Silaturrahim
8. Bersedekah secara istiqamah
9. Membantu penuntut ilmu
10. Membantu Golongan Miskin
11. Berhijrah untuk mencari pendapatan di tempat yang lain
12. Memperbanyakkan doa
13. Bersyukur atas nikmat
14. Melibatkan diri dengan perniagaan
15. Bersungguh2 melakukan pekerjaan yang harus
HAKIKAT REZEKI : Allah berfirman dalam (Surah Al-Ra’d:26)
Maksudnya: Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka yang ingkar bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesenangan di akhirat”
Wassalam
-ustazah azimah-









October 8th, 2009 at 7:35 am
jika nak melibatkan diri dalam perniagaan, hati² sebab ramai yg hanya tahu & mahu untung dalam biz duit sj tapi sebenarnya tidak sekadar itu… banyak biz yg bercanggah zaman sekarang. Hati²
October 8th, 2009 at 9:14 am
betul tu azriey, kita kena lihat bagi aspek dan sudut, kadang2 produknya halal tp sistem jualan dan strategi perniagaannya pulak yg haram tambah2 MLM. kena cek dulu di http://www.ustazzahirudin.net . bila ada member dtg ajak buat mlm ustazah akan rujuk ke sana dulu. ya la duit kan sapa yg tknak duit, budak tadika pun nak ..betul tk? bg ustazh mencari yg halal itu fardhu, keberkatan tidak kelihatn tp jika kita daptkannya semuanya kehidupn kita akan mencukupi.