Hormati Jiran dan Muliakan Tetamu..
Assalamjualaikum dan salam persaudaraan..
Betemu kita lagi di catatan ustazah yang seterusnya dengan tajuk “MENGHORMATI JIRAN DAN TETAMU”
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasullullah bersabda: ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia diam sahaja. Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia menghormati jirannya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah ia memuliakan tetamunya”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan MUslim.
Kesimpulan Hadis :
1. Orang2 yang beriman hendaklah bercakap dam perkara-perkara yang baik sahaja. Jika tidak lebih baik diam sahaja dari bercakap2 kosong.
2. Dilarang bercakap dalam perkara 2 jahat dan dosa
3. Orang2 islam hendaklah menghormati jiran dan tetamu.
4. Bercakap hendaklah berhati-hati dan kena pada tempatnya.
Berdasarkan hadis di atas kita digalakkan bercakap yang baik2 sahaja, biarlah perkataan yang keluar dari mulut kita itu berunsur nasihat/ motivasi. Lebih baik kita diam dari bercakap2 yang maksiat / dosa seperti mengumpat, mengutuk, mencela dan mencaci dsb.
Hadis di atas juga menyuruh kita supaya menghormati jiran iaitu kawan2 kawasan taman / kampung tempat kita tinggal. Selain itu kita juga hendaklah memuliakan tetamu yang datang ke rumah kita. Dan pesanan Saad Ibnu Abi WAqas berkata segeralah ,menjamu atau menghidangkan air apabila ada tetamu dtg ke rumah kita. Ingat tu..
Sumber bacaaan dari kitab Matan Arba’in.(Hadis Empat Puluh)
_ustazah azimah_








