Jibril dan anak yang taat..
Assalamualaikum wbt dan salam aidilfitri..
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia- Nya kita masih lagi sihat dan mampu melakukan semua yang telah diperintahkan dan meninggalkan segala laranganNya.
Dengan ini suka ustazah nak kongsikan disini satu kisah para malaikat yang ustazah baca melalui buku “Himpunan kisah2 Malaikat”.
Tajuk cerita kali ini ialah Kisah “Malaikat Jibril dengan Seorang Anak Yang Taat kepada Ibunya”.
Di zaman Bani Israil ada seorang anak dan seorang ibu yang tua. Si ibu memerintahkan si anak pergi menjual seekor lembu kepunyaan keluarga mereka ke bandar. ibunya berpesan kepada anaknya supaya menjual lembu itu dengan harga 3 dinar, dan janganlah engkau kurangkan atau lebihkan sebelum meminta izin terlebih dahulu dariku. Dalam perjalanan pemuda itu telah berjumpa dengan seorang pemuda yang ingin membeli lembunya. Pemuda itu ingin membeli lembunya dengan harga 6 dinar dengan berkata asalkan kamu tidak memberitahu kepada ibumu. lalu si anak itu berkata kepada pemuda itu ” Wahai orang muda kalaupun engkau membayar aku emas seberat lembu ini pun aku tidak akan menjualnya,sebelum meminta izin dari ibuku terlebih dahulu.
Lalu pada keesokkan harinya si anak datang bertemu pemuda semalam dan berkata hari ini aku boleh menjual kepadamu lembu ini dengan harga 6 dinar. Tapi pemuda itu menjawab aku hendak membeli lembu kamu dengan harga 12 dinar asalkan kamu tidak memberitahu ibumu. Sekali lagi si anak tetap dengan pendiriannya sambil berkata aku tidak akan menjualnya kepadamu sebelum meminta izin dari ibuku terlebih dulu.
Lalu si anak menceritakan kepada ibunya apa yang telah berlaku. Si ibu menjawab wahai anakku sebenarnya pemuda itu ialah Malaikat Jibril yang datang kepadamu untuk menguji kamu, dan esok hari kau tanyalah kepadanya samada kita patut jual lembu itu atau pun tidak.
Pada keesokkan harinya si anak tadi bertemulah dengan pemuda yang sebenarnya Malaikat Jibril itu dan dia berkata: “Ibuku bertanya adakah lembu ini perlu dijual ataupun tidak?”.
Maka jawab Jibril as: “Janganlah dijual lembu ini sehingga terjadi perintah Allah swt atas Bani Israil untuk menyembelih lembu ini, apabila Bani Israil mencari lembu yang mempunyai syarat yang ditentukan maka tidaklah ada lembu lain yang dapat memenuhi syarat tersebut melainkan lembu ini. Untuk mendapatkan lembu ini mereka akan membayar harga lembu ini mengikut berat badan lembu dengan wang dinar. Ini adalah anugerah Allah SWT ke atasmu disebabkan ketaatan kamu kepada ibumu.
Demikianlah tadi sebuah kisah seorang anak yang taat kepada ibunya. Semoga ianya menjadi pedoman dan panduan kepada kita bahawa berbuat baik kepada kedua ibu bapa balasanya akan diperlihatkan di atas dunia ini lagi apatah lagi balasan di akhirat kelak syurgalah tempatnya InsyaAllah. Bagi semua pembaca yang masih lagi mempunyai ibu, sayangilah mereka dan muliakan lah mereka berikanlah sedikit perhatian kita keran mereka yang sudah tua itu sudah hampir kembali keadaannya seperti anak2 suka merajuk, hendakkan perhatian dan kasih sayang kita. “Syurga itu di telapak kaki ibu”.
Teringat ustazah tentang kisah anak ustazah sendiri, memang mereka berdua selalu diingatkan agar berbuat baik pada dua ibu bapa jangan bercakap kasar. Si abang yang sulung mencelah: “dalam Quran cakap Oh pun tak bolehkan ummi?”. “Ya betul tu Along!” jawab ustazah ringkas. Alhamdulillah anakku telah faham. Tiba2 suatu hari masa mereka berdua sedang bermain ustazah memanggil si adik nak kinta tolong, tiba2 jawabnya
“ah..ummi ni!” kata si adik. Ustazah ada di dalam rumah. tapi ustazah tk dengar pun sebenarnya kerana kebisingan kenderaan yang lalu lalang depan rumah. Tiba2 si adik meluru masuk ke dalam terus mendapatkan ustazah dan dia berkata sambil menghulurkan tangan (nak minta maaf): ‘Ummi..Iddyn mintak maaf ye sebab Iddyn dah kata ah..tadi dekat ummi. Iddyn taknak berdosa” sambil mencium tangan ustazah.” Ye ke ummi tak dengar pun Iddyn kata macam tu? kalu gitu tkpelah ummi maafkan..” Rasa nak menitik air mata ni, terima kasih ya Allah kerana kau berikan aku anak yang mudah faham, harap2 mereka akan jadi anak yang soleh dan bertaqwa. Dalam kenakalan mereka rupanya apa yang kita ajar dan terapkan mereka faham juga Alhamdulillah.
Kanak2 memanglah nakal nak main saje, tp kiita sebagai ibu bapa kena jugalah menerapkan nilai2 islam dan akhlak dalam kehidupan supaya ilmu itu mereka simpan dlm memori, bila tiba masa nanti mereka akan gunakan(apply) nanti. Ustazah percaya tu..mengikut pengalaman .
Wassalam
-ustazah azimah-


