Terjemahan Surah Al-Maun
Assalamualaikum wbt dan salam Aidilfitri
Bertemu lagi kita dikesempatan yang sangat berharga ini dan yang suka nak dikongsikan ialah pengertian atau terjemahan surah AlMaun.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.
1. Tahukah engkau orang2 yang mendustakan agamanya
2. Iaitu mereka yang berlaku zalim dan kejam terhadap anak2 yatim
3. Dan mereka yang juga menghalang orang memberi makanan kepada orang2 miskin
4. Neraka Wil untuk orang2 yang sembahyang
5. Iaitu orang2 yang lalai dari dari solatnya
6. Dan juga mereka yang riyak dalam ibadat dan bawaan nya
7. Dan juga mereka yang enggan memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan ( enggan membayar zakat )
Berdasarkan surah di atas dapatlah kita simpulkan bahawa:
Orang yang mendustakan agama ialah:
1. orang yang menzalimi anak yatim
2. tidak mahu memberi bantuan/ makanan kepada orang2 miskin
Orang yang mendapat kecelakaan:
1. Orang yang suka melambat2kan / melenggahkan solat
2. Mereka yang lalai dalam solat akan dicampakkan ke dalam Neraka Wil
3. Orang yang riyak/ menunjuk2 dalam amalan dan ibadat
4. Orang yg enggan memberi pertolongan kpd oranglain yg memerlukannya
5. Orang yang enggan membayar zakat
Ustazah berharap dan mengingatkan diri ustazah dan juga rakan2 pembaca yang dirahmati Allah semoga suka bersedekah dan memberi pertolongan semampunya dgn hati yang ikhlas. Melakukan kebaikan kerana Allah dan bukan untuk menunjuk2.
Wassalam
-ustazah azimah-









September 30th, 2009 at 12:42 pm
Salam Ustazah..
Terima kasih atas tazkirah diatas…sesungguhnya Zai sendiri adalah hambaNYA yang sering lalai dan selalu solat dipertengahan waktu dan terkadang hampir2 diakhir waktu…Terima kasih diatas peringatan yang sangat bermanfaat..terasa betapa hinanya diri ini…sedih sangat2 sbb masih kurang penghayatan walaupun terlalu banyak peristiwa yg menginsafkan berlaku didalam hidup ini…
October 1st, 2009 at 10:55 pm
Salam buat zai,
ye lah tu, kita ni hamba Allah yang hina, tp berazamlah setiap kali bangun tidur kita akan menjadi hamba Allah yang terbaik dan bertaqwa pd hari ini dan seterusnya.
wassalam