Puasa 6 di bulan Syawal..
Assalamualaikum wbt dan salam lebaran
Bertemu lagi kita di catatan ustazah pada kali ini dengan tajuk yang suka ustazah kongsikan bersama iaitu tajuk “PUASA SUNAT SYAWAL/ PUASA ENAM”
Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”
(Hadis Riwayat Muslim)
Lihatlah ya betapa beruntung dan berbahagialah sesiapa yang mampu dan berupaya melakukan dan melaksanakan puasa 6 hari pada bulan Syawal ni seperti mana yang telah termaktub didalam hadis di atas. Puasa enam hari sahaja tapi pahalanya.. sepeti berpuasa setahun, siapalah yang larat nak puasa setahun ya..kalau ustazah sendiri pun entahlah siap dgn “uzur syarie” lagi..dh tentu tk dapat punya!.
Sebenarnya pagi tadi di sekolah ustazah, sedang kami duduk2 berehat di staf room adalah seorang kawan ni bertanya ustazah k” ada orang kata bila kita puasa 6 di bulan Syawal kita kena niat dua kali, betul ke ustazah?” Apa..kena niat dua kali kenapa pula ? saya bertanya lagi kerana tak berapa faham apa yang dimaksudkan oleh sahabat saya itu. Katanya lagi:” ya la..satu niat puasa ganti, satu lagi niat puasa 6.Ustazah tolonglah beritahu saya yang mana yang sebenarnya kena ganti puasa wajib dulu ke? atau buat puasa 6 dulu kami pun dah keliru ni?kata sahabat ustazah yang lain pula.
Macam nilah ye:
1. Kita kena dahulukan perkerjaan atau perbuatan yang disuruh Allah itu yang wajib dahulu, jadi..kita terutama orang perempuan yang berniat hendak mencari pahala lebih dengan melakukan puasa sunat 6 di bulan Syawal itu mestilah terlebih dahulu mengganti atau mengqadakan puasa wajib bulan ramadhan yang telah ditinggalkannya. Tidak kiralah disebabkan oleh haid,nifas, wiladah atau pun sakit. Setelah itu bolehlah terus berpuasa sunat Syawal yang 6 hari itu tadi.
2. Tentang baca niat dua kali pula sebenarnya bukan niat yang kena baca dua kali tetapi kita berniat puasa ganti dan Allah memberi kita pahala atau dua kebaikan iaitu pahala qada puasa dan juga pahala sunat puasa 6 itu tadi, Allah itu Maha Penyanyang Lagi Maha Adil. Sangat beruntung kita yang menjadi ummat islam ini.
3. Jika begitulah keadaannya kita orang perempuan bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula.Ganti awal2 kan senang, nyawa kita ni umpama telur dihujung tanduk, dh lah kita pinjam sukahati Allah lah nak ambil balik bikla2 Dia suka kan ..
Tetapi kebanyak orang melayu dan orang islam sekarang ini, banyak yang silap konsep mengutamakan yang sunat dari yang wajib. Lihat sahajalah masjid atau surau sekarang sudah sunyi semula, kekurangan jemaah berbanding semasa solat sunat tarawih tempohari penuh, sampai solat di kaki lima masjid atau surau. Sama juga fenomena waktu solat fardhu subuh pada 1 Syawal yang lalu masjid sunyi je hanya jemaah yang ‘tegar’ sahaja yang ada tapi bila masa Solat Sunat Aidilfitri melimpah2 orang.. ada yang sampai solat di atas rumput, punya ramainye orang.. Perkara ini jugalah yang telah dibincangkan dalam AL-kuliyah TV3 pada Jumaat 25.9.09 yang lepas dgn tajuk Aidilfitri bertaqwa.
Harapan ustazah janganlah kita silap dalam melakukan kerja 2 , amalan2 atau perintah Allah. Dulukan yang Fardhu (wajib) daripada yang sunat.
Wassalam
-ustazah azimah-



October 1st, 2009 at 5:20 pm
assalamuailaikum..sy cme nak brtanya kpd ustazah apakah lafaz niat sebenar puasa sunat syawal?
October 1st, 2009 at 10:51 pm
Salam ke4mbali buat daliey:
Niatnya mudah sahaja.. sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allat Taala.
Tapi pastikan qada puasa dulu ye, baru buat yg sunat, nanti ditakuti puasa kita jadi laqha atau sia2.
Apa… yg penting…wajib dulu!(ikut versi wonder pets)
wassalam
August 24th, 2010 at 10:27 am
assalamu’alaikum…
saya x beberapa fahamla pasal
“Tentang baca niat dua kali pula sebenarnya bukan niat yang kena baca dua kali tetapi kita berniat puasa ganti dan Allah memberi kita pahala atau dua kebaikan iaitu pahala qada puasa dan juga pahala sunat puasa 6 itu tadi,”
adakah ini bermaksud kita boleh menggantikan puasa dan dalam pada masa yg sama kita berpuasa sunat 6 hari?
kena puasa ganti dulu baru kita puasa sunat 6 hari..jd bermaksud puasa ganti x blh kita gabungkan dgn ppuasa sunat 6 ari la tu..
pening ni…
September 4th, 2010 at 5:12 pm
salam salleh
mcm ni senang je, bulan syawal nanti jika nk buat puasa sunat syawal yg 6hari tu (puasa 6) jika ada puasa yg kena ganti, maka gantilah dulu. dalam masa kita ganti posa wajib tu kita dpt juga pahala puasa sunat syawal tu.. dh habis ganti baru lah kita teruskan dgn puasa syawal 6hari tu..
September 11th, 2010 at 2:05 am
Salam.
saya pn agak kurang faham sebenarnya.
ok, saya beri contoh jika saya tak berpuasa dalam bulan ramadhan selama 4 hari kerana sakit yg membataskan saya untuk berpuasa.
Maka ketika hari ke-2 syawal,saya perlu niat untuk menggantikan dahulu puasa ganti bulan ramadhan (4 hari ) dan dalam masa yg sama,saya akan dpt ganjaran puasa sunat syawal.begitu?
Jika saya menggantikan puasa wajib 4 hari yang berikut dari hari ke-2 hingga hari ke-5 syawal,sekali gus saya dapat pahala seperti 4 hari berpuasa sunat syawal.begitu?
Jadi untuk melengkapkan puasa 6,hari ke-6 setelah selesai qada’ puasa wajib,saya hanya niat puasa sunat syawal untuk 2 hari sahaja ( hari ke-6 dan ke-7). Maka lengkaplah puasa sunat 6 saya sekali gus lengkap qada’ puasa wajib,begitu?
Sila beri tunjuk ajar.
Ideologi:
Islam ini indah dan praktikal.Islam membenarkan penganutnya mengamalkan cara hidup beralternatif.Dari cara hidup, solat hingga ke puasa.Dalam hal gabungan puasa sunat dan qada’ puasa ramadhan (wajib),walaupun di mestikan mendahulukan yang wajib,tetapi lebih baik jika kita menggantikannya satu per satu (wajib dahulu baru sunat).
Tak ramai dari golongan kita yang mempunyai sebab tidak berpuasa ramadhan selama sebulan kecuali bagi mereka yang bersalin yang masih waras dan mampu.Dan puasa sunat syawal hanya 6 hari,maka tidak salah dan tidak akan menimbulkan sebarang persoalan atau isu mengenai gabungan puasa ini kecuali bagi mereka yang mempunyai sebab untuk tidak berpuasa selama sebulan dalam bulan ramadhan.
Biasanya puasa ramadhan 29 hari,maka ada 23 hari dalam bulan ramadhan jika sekiranya kita mempunyai alasan yg kukuh untuk tidak berpuasa.tetapi tidak ada yang lebih kukuh selain bersalin ( mereka yang waras dan mampu) atau mungkin sebab-sebab lain wallahualam.Ia mungkin menjangkau sehingga sebulan lamanya atau lebih atau kurang (rujuk pakar bidan).Maka mereka yang logiknya dibenarkan untuk menggabungkan puasa ini adalah mereka yang tidak berpuasa selama 24 hari atau lebih dalam bulan ramadhan yang mempunyai alasan yang kukuh untuk dibenarkan tidak berpuasa.
Lagi pun,semakin panjang atau banyak hari kita berpuasa sunat dalam apa jua bulan dan hari ( kecuali hari-hari yang haram berpuasa dan hari wajib berpuasa), lebih baik dan lebih diberkati.Atas kita semua sedia maklum kebaikan dan kelebihan berpuasa secara fizikal dan duniawi selain amalan.
Oleh itu secara kesimpulannya,sebaik-baiknya untuk mendapatkan lebih ganjaran dan kelebihan duniawi dan fizikal.maka,ganti dahulu puasa yang wajib kemudian sambung dengan puasa sunat 6,syawal.lebih baik dan tak pening2 kepala fikir tentang hukum.tetapi,mesti ambil tahu sebagai ilmu dan digunapakai ketika jatuhnya logik akal atas keadaan tersebut untuk diselesaikan.
wallahualam.Semoga kita semua diberkati Allah swt,Amin.
airbeat_
September 11th, 2010 at 10:07 pm
Asalamualaikum…Selamat hari Raya…pa khabar Ustazah Azimah…sya ingin bertanya tentang kemusyikilan di hati bagaiman kita hendak melapazkan niat puasa sunat 6 hari dgn betul…kiranya Ustazah dpt membalas email saya ini…saya ucapkan berbanyak terima kasih…semoga Ustazah mendapat rahmat dan berkat di duni dan di akhirat…
September 14th, 2010 at 3:12 pm
assalamualaikum ustazah… sya bru hndak cuba berpuasa 6 pd thun ini….sya tidak tahu apakah niat yang sya perlu bca….bole x ustazah ajar kn sya bacaan niat puasa 6 itu…trima kasih…
September 14th, 2010 at 11:43 pm
assalamualaikum…
ustazah, saya nak tanya ni… saya kena ganti pose qada’ 9 hari.. so sy nak gnti dlm bulan syawal ni…kalau saya nak pose sunat syawal lepas cukup ganti 9 hari tu, adakah sy kna pose 6 hari lagi selepas tu.. so kena pose 15 hari?
September 15th, 2010 at 8:18 pm
salam,
Niatnya iaitu ” sahaja aku puasa sunat bulan syawal esok hari kerana Allah Taala”
September 15th, 2010 at 8:21 pm
salam qira:
ya betul tu, jika mampu jika tidak memadai dengan menganti puasa wajib dahulu ya. tapi awak akan dpt kedua2 pahala tersebut iaitu pahala puasa wajib dan puasa sunat
wsalam
September 15th, 2010 at 8:25 pm
salam to azam
memang kena ganti puasa wajib ramadhan dahulu, baru buat puasa sunat syawal. jika puasa ganti 4 hari tkboleh lah kita tmbh 2hari utk jadikan puasa 6hari di bulan syawal.
September 19th, 2010 at 5:40 pm
bismillahirrahmanirrahim..
Berniat puasalah secara berasingan. Puasa ganti Ramadhan adalah wajib tetapi masanya sangat lapang dan luas. Oleh itu, boleh didahulukan puasa sunat kerana masanya terbatas hanya sebulan.
Mudah2an kita mengutamakan apa yang sepatutnya kita utamakan.
Jika anda dahulukan yang wajib juga tidak mengapa, tetapi niatlah secara yang berasingan.
Ini ada disebut di dalam kitab Mazhab Syafie bahawa tidak tepat hanya berniat satu kali sekaligus mendapat dua jenis puasa seperti wajib dan sunat.
Wallahua’lam
September 19th, 2010 at 5:45 pm
salam…
saya ragu2, menurut ustaza kita perlu puasa wajib dulu baru boleh puasa sunat.. tetapi kalau bg yang kena ganti 1 bulan puasa ramadhan dia x bolehlah nak puasa sunat 6 syawal… Puasa ganti Ramadhan adalah wajib tetapi masanya sangat lapang dan luas. Oleh itu, boleh didahulukan puasa sunat kerana masanya terbatas hanya sebulan. wasalam
September 19th, 2010 at 6:44 pm
salam ahmad
Puasa Syawal boleh dilakukan setelah qodho’ Ramadhan selesai ditunaikan. Seandainya seseorang melakukan puasa Syawal sebelum qodho’ puasa Ramadhan, maka ia tidak mendapati ganjaran puasa Syawal (yaitu pahala seperti puasa setahun penuh, pen). Karena Nabi shallalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
من صام رمضان ثم أتبعه بست من شوال فكأنما صام الدهر
“Barangsiapa yang melaksankan puasa Ramadhan, lantas ia ikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan ia melakukan puasa setahun penuh.”[3] Sudah maklum bahwa orang yang masih memiliki utang/ qodho’ puasa, belum dianggap melakukan puasa Ramadhan sampai ia menyempurnakan qodho’ puasanya.”[4]
Syaikh Sholih Al Munajjid hafizhohullah dalam Fatawanya menjelaskan, “Sudah sepatutnya seseorang mendahulukan qodho’ puasa. Ini lebih utama daripada melakukan puasa sunnah (tathowwu’). Namun jika waktu begitu sempit dan khawatir akan luput puasa pada hari yang mulia seperti pada hari ‘Asyura (10 Muharram) atau pada hari ‘Arofah (9 Dzulhijah), maka berpuasalah dengan niatan qodho’ puasa. Semoga dari situ ia pun bisa mendapatkan pahala puasa ‘Asyura atau puasa ‘Arofah sekaligus. Karunia Allah sungguh amat luas. Wallahu a’lam.”[5]
September 20th, 2010 at 12:22 am
salam ustazah..
saye ade masalah sikit..bile saye period,saye akan ambil maksimum iaitu 14hari baru saye akan mandi wajib.period saye banyak cume sampai hari kelima jer tapi selebihnye die berekor.saye jadi was2 nak solat sbb tuh saye ambil yg maksimum.saye ade terbace 1 artikel yg kite tak boleh melengahkan solat.macam maner tuh ustazah…saye tak tau yg tuh darah kotor ker aper…sbb ia terlalu sedikit sgt…kalau saye solat,dah kire berdosa kan??
September 21st, 2010 at 11:31 pm
salam..kat comment #2 ada typo..harap beri perhatian..
September 23rd, 2010 at 5:41 pm
Assalamualaikum…
mohon share yer Ustazah
September 24th, 2010 at 5:59 am
salam Ustazah….
saya nak bertanya ……saya telah selesai menqada puasa saya untuk ramadham tahun ini…….
saya bercadang untuk puasa enam dia bulan syawal…..dan biasanya saya akan puasa setiap hari isnin dan khamis…..
(1) soalan saya …….saya selalu niat puasa ganti juga pada waktu puasa sunat (puasa 6 dan isnin,khamis)……….kerana saya risau ada puasa puasa saya di masa lampau yang belum terbayar dan mungkin saya sudah lupa…….
apa pandangan ustazah……..adakah patut saya buat begitu?……..dan adakah saya juga akan memperolehi ganjaran sunat tersebut walaupun berniat puasa qada?…………
(2) ….soalan :……saya dapat tahu …jika kedua ibubapa kita sudah meninggal, adakah perlu saya sebagai anak mengantikan puasa mereka?…………bagaimana jika kita tidak pasti berapa hari dan sebagainya
Terima kasih
September 27th, 2010 at 12:11 am
Aslmkm Utazah…
Saya ada 2 kemuskilan disini. Saya berusia 33 Tahun dan menjalani kewajiban berpuasa di bulan Rahmadhan pada ke biasaanya. Walaubagaimanapun saya kuatiri sekiranya saya melakukan puasa 6 di bulan Syawal sedangkan puasa di bulan Rahmadhan pada zaman ‘kanak-kanak’ dan ‘remaja’ dikuatiri masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Disebabkan kelalaian dimasa lampau, saya tidak tahu bilangan sebenar puasa yang telah ditinggalkan di bulan Rahmadhan. Persoalannya adakah saya perlu membuat penilaian sendiri (bilangan hari yang tertinggal) atau adakah cara dan hukum yang dituntut dalam Islam.
Ada juga khabar angin mengatakan bahawa sekiranya kita berniat untuk berpuasa 6 di bulan Syawal, sebaik-baiknya dimulai dengan (1 hari berpuasa)awalan bulan Syawal (selepas 1 Syawal) dan barulah diteruskan kehari-hari (5 hari) berikutnya walaupun diakhir bulan Syawal. Sekiranya ia tidak dilakukan maka barulah pahala puasa 6 diperakui akan tetapi sekiranya dilakukan di akhir bulan Syawal (6 hari) maka sia-sialah puasa tersebut. Benarkah persoalan tersebut?
Mohon penjelasan Ustazah….
Sekian, Terima Kasih.
September 29th, 2010 at 9:07 am
to muhammad khalifah
niat tu sama dgn jawapan pd daliey
September 29th, 2010 at 9:09 am
to qira
ye betul, jika tidak memadai ganti qada puasa 9 hari dan anda telah mendapat juga pahala puasa sunat syawal 6hari.
islam itu agama yg mudah dan tidak pernah memberati umatnya
September 29th, 2010 at 9:12 am
to aleeya
sebanyak2 hari period itu ialah 15 hari shj, tp jika pd hari ke 16 masih ada darah tk kira sedikit atau banyak wajib mandi kerana darah itu dinamakan darah penyakit. jadi lepas mandi kenalah solat dan puasa dan melakukan ibadat2 wajib. dan segeralah berjumpa doktor ye
September 29th, 2010 at 9:13 am
salam pendakwah bebas
silakan..jgn lupa kreditkan semula ke blog ustazah ye..
September 29th, 2010 at 9:16 am
salam to delima
1. ye bagus tu betul apa yg delima buat
2. ye betul anak kena ganti puasa ibubapa.. tp tntag jumlah yg tk pasti tu ustzah pun susah nk jawab. jika nak buat buat lah sekadar yg mampu. jika kita dah habis ganti puasa kita baru kita ganti puasa kedua ibu bapa kita
September 29th, 2010 at 9:17 am
to mohammad
sebaik en bertemu dgn ustaz yg berhampiranb dgn tempat en..kerana susah nk jelaskan di alam maya ni. bersemuka dgn ustaz harap en lebih faham.
October 2nd, 2010 at 12:17 pm
Assalamualaikum ustazah..
Saya nk tanya…adakah puasa 6 d bln syawal perlu berturut-turut…?
Cthnya: Sy start puasa hari ahad, jadi saya kena puasa sampai hari jumaat??
atau takpe saya puasa hari ahad hingga khamis…lepas tu 1 hari lagi ahad mggu depan…
October 3rd, 2010 at 11:53 pm
salam ustazah,
saya masih keliru
masalah sy sekarang sy nak puasa syawal bermula esok.tapi,saya belum ganti puasa ramadhan.. tapi,bulan syawal ni dah dekat penghujungnya. boleh ke sy buat puasa 6 dahulu?
October 4th, 2010 at 11:26 am
salam siti
puasa sunat tu hukumnya sunat, qada puasa wajib hukumnye wajib. selagi kita tk menunaikan atau meng qada’ puasa ramadhan ini beerti kita belum sempurna menjalanbkan ibadah wajib puasa pd thn ini. Puasa qada niat puasa qada dan anda akan mendpt sekligus pahala puasa sunat syawal kerana anda lakukan dibulan syawal. sekiranya awak qada puasa pada hari isnin atau kamis awak akan dapt pahala suant isnin kamis.
Bayangkan awak meninggal dunia selpas syawal. sedang puasa qada awak belum ganti, puasa sunat syawal awak buat> Allah akan tanye kita ibadah wajib dulu baru Allah hitung ibadah sunat sbg penampal ibadah wajib.
wallhu’alam
October 5th, 2010 at 4:45 pm
Salam,ustazah apa hukumnya jika puasa 6 itu tidak penuh. Contohnya kurang sehari?
October 7th, 2010 at 5:55 pm
Salam Ustazah,
bolehkan saya berniat puasa ganti sekaligus dengan puasa sunat isnin dan khamis?
bagaimanakah bacaan niat tersebut?
October 7th, 2010 at 8:44 pm
salam zai
boleh jika kita hendak melakukan puasa ganti pada hari isnin kamis.. tetapi niat nya ialah niat puasa qada shj iaitu: “sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini ganti kerana Allah Taala”
harap dapat membantu
November 4th, 2010 at 10:42 am
slm wbt..utazah bagaimana lafaz niat puasa kaffarah? terima kasih..
December 15th, 2010 at 9:24 am
salam ustazah.
saya suka dengan perkongsian maklumat yg ustazah sebarkan ini. semuanya amat bermanfaat buat saya. terima kasih untuk ustazah dan kepada mereka yg bertanya.
soalan saya: 1)tentang anak perlu ganti puasa ibu bapa yg telah meninggal.
jikalau anak nya pun tak sihat & dah tua boleh tak cucunya yg dah dewasa menggantikan nya?
2) jika kita mati 3 amalan sahaja yg akan smpai kepada kita. -jadi persoalanya betulkah saya terdengar jika kita gantikan puasa org yg telah meninggal dunia, buat kenduri tahlil dan berderma atas namanya semua itu tak membawa apa2 makna untuk mereka. saya keliru dengan maklumatyg disebarkan oleh org tua2 ditempat saya ini.. ;(
sekian terima kasih.
January 12th, 2011 at 6:21 pm
salam zuraini
hukum puasa 6 tu sunat, kalau tertinggal sehari tu tidaklah berdosa kerana asal hukumnya sunat
January 18th, 2011 at 8:43 pm
to mas
1.puasa ibu bapa yg telah meninggal dunia tk perlu ganti cuma kita bayar fidyah shj. Jika ibu bapa ada hutang pun kita kena bayarkan. Bila dh selesai semua pembayaran fidyah puasa dan solat serta hutang si mati barulah boleh dikira atau dibuat pembahagian harta pusaka kpd anak isteri yg ditinggalkan oleh si mati.
2. Doa anak yg soleh tidak terputus apabila seseorang itu meninggal dunia. Jika kita yg melakukan sedekah itu maka kita niatkan supaya pahala sedekah itu td disampaikan kepada ibu bapa kita. Serahkanlah segalanya pada Allah.
August 6th, 2011 at 12:13 pm
salam ustazah,
saya nk tnya,jika kita tidak berpuasa dlm masa beberapa tahun kebelakangan ni semasa bulan ramadhan,kita tidak sanggup nk qada’ puasa tersebut,ada ke cara lain yg blh dilakukan untuk mengqada’ puasa tersebut?
selian terima kasih.
August 13th, 2011 at 3:27 pm
assalamualaikum ustazah, saya nak tau bolehkah puasa 6 di lakukan secara tidak berterusan selama 6 hari, maksud saya selang 2 hari baru buat lagi
September 1st, 2011 at 12:12 pm
bismillahirahmanirahim…
assalammualaikum wbt…
ustazah,saya ingin mengemukakan beberapa soalan yg menjadi kemusykilan bagi saya…
1)apakah hukum bersedekah melalui orang lain??…maksudnya di sini,saya ingin bersedekah tetapi saya menyuruh orang lain utk menyampaikannya…bolehkah begitu??
2)apakah hukum mencintai orang kafir?…maksud saya,seorang perempuan islam jatuh cinta pada seorang pemuda kafir??…adakah itu berdosa baginya..??
3)bolehkah bagi seseorang wanita yang sedang haid memotong kuku??…ini kerana saya sering mendengar bahawa wanita yg sedang haid tidak boleh memotong kuku…adakah pantang larang ini terdapat dalam islam…
…semoga jawapan dari ustazah dpt membantu saya…
…syukran..
September 6th, 2011 at 8:36 am
salam ustazah,
mohon ustazah kalau dapat lafaz niat puasa sunat enam hari bulan syawal dalam bahasa arab. kawan saya ni berhajat sangat nak dapat lafaz niat ni. mintak tolong ustazah ye.
September 6th, 2011 at 10:37 am
Assalam ustazah…kalau perempuan melahirkan anak pada bulan puasa dan tidak dapat berpuasa sebulan dia perlu bayar fidyah sahaja atau qada berpuasa atau kedua-duanya….
September 9th, 2011 at 2:16 pm
assalamualaikum wbth ustazah,
saya sangat2 terlupa bahawa kena habiskan qada ramadhan dulu baru buat yg sunat sampaikan saya dh 4 hari berniat puasa sunat syawal. jd sia2lah puasa saya itu yer ustazah?
September 10th, 2011 at 2:48 pm
salam… ustzah sy nk tnye ,kalau saya dah pose sunat dlu,bru tau kne buat yg yg wjib cmne ea..? adakah sy kne pose lagi untuk yg wjib.
September 15th, 2011 at 1:41 am
As Salam Ustazah
Saya ingin mengetahu dan mengikut ilmu yang saya tahu “Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24].Adik saya selamat melahirkan bayi perempuan dan pada hari ketujuh telah mencukur rambut bayinya.Suami adik saya ada memberitahu yang mencukur rambut elok dilakukan berulang kali sehingga tempoh 3 bulan untuk menjadikan bayi itu solehah & baik.Soalan saya adalah,adakah ada Nas Al-Quran dan hadis yang membolehkan seseorang bayi itu dicukur rambut berulang kali kerana mengharapkan sesuatu dan dari segi saintifik adakah islam membernarkanya.Seperkara lagi mengikut sunnah nabi berapa kalikah sebenarnya cukur rambut itu harus dilakukan.Sekian Terima Kasih
September 15th, 2011 at 10:39 am
Assalamualaikum,
Selepas membaca blog ustazah baru saya tahu puasa ganti perlu didahulukan sebelum puasa sunat 6. Saya nak tanya, kalau saya telah berpuasa 6 terlebih dahulu sebelum berpuasa ganti. Adakah puasa saya ni di terima??
September 15th, 2011 at 2:21 pm
salam,
sye nk tanye. tahun lalu, sye ade terbaca artikel di internet yg mgatakan boleh mengerjakan puasa sunat 6 dibln syawal n puasa ganti boleh dilakukan kemudian. harini sye check lg di internet n mgatakan wajib mengerjakn puasa ganti dahulu. sye dh confuse .. sb skrg sye sdg brpuasa 6. adakah puasa sye diterima atau tidak? ape pendpt ustazah?
September 19th, 2011 at 10:47 am
hukum bercukur rambut pada 7hari di awal kelahiran adalah sunat sahaja. jika tidak bercukur pun tidak mengapa tidak berdosa.
September 19th, 2011 at 10:48 am
salam jiha
dalam beribadat , utamakan yg wajib. kerana yg wajib buat dapat pahala, tinggal berdosa.
Sunat pula buat dapat pahala, tk buat tk berdosa.
September 19th, 2011 at 10:52 am
salam zam
orang perempuan yg bersalin dan tidak berpuasa sebulan pada bula ramadhan hendaklah ia menggantikan puasanya shj. tidak perlu membayar fidyah. tp sekiranya puasa itu tidak berganti sehingga ramadhan thn hadapan maka barulah ia kena bayar fidyah. atau puasa yg tidak dilaksanakan 29hari, perempuan itu puasa ganti 20hari shj. sehingga ramadhan berikutnya dia belum selesai melunaskan ganti puasanya. maka kenalah ia membayar fidyah 9hari tersebut. dan kena ganti juga puasa yg 9hari itu tadi pada thun berikutnya pula..
September 19th, 2011 at 10:53 am
salam zainurin
niat tu dlm hati sebut shj lah dlm bahasa melayu lebih mudah kan.
September 19th, 2011 at 10:56 am
salam sumayyah
1. bersedekah melalui orglain tidak mengapa. tak salah pun. Yg penting niat sedekah tersebut mestilah ikhlas.
2. jatuh cinta pada org kafir, tk pe yg haram kalau nk kahwin dgn orang kafir tk boleh.. jd elakkan lah bercinta dgn org kafir. sbb bila dh cinta nk kawin kan..
3. Wanita haid boleh memotong kuku. tidak berdosa
September 22nd, 2011 at 5:14 pm
ustza.. d sini saya nak thu… bolh ka kita nak ganti puasa d bula syawal???
September 23rd, 2011 at 6:06 am
Assalamualaikum ustazah..
Ingin sy btnye dsni,bolehlah sy lakukn puasa 6 di bulan syawal dahulu dan selepas bulan syawal baru sy melakukan puasa ganti di bulan yg selepasnya?