Solat Sunat Aidilfitri..

Assalamualaikum wbt dan salam Aidilfitri

Diam tak diam Ramadhan hampir pergi meninggalkan  kita, berdoalah semoga Ramadhan yang datang akan ketemu lagi InsyaAllah, Bertemu lagi kita di blog ustazah ini, dengan tajuk yang suka ustazah nak kongsikan iaitu “Cara Solat Sunat Aidilfitri”

Mungkin juga ada yang tidak berapa nak ingat , maklumlah setahun sekali je kita kerjakan. Takpe jangan bimbang kerana ustazah akan kongsikan di sini.

Butiran Solat Sunat Aidilfitri adalah seperti berikut:

1.Solat Sunat Aidilfitri dilakukan pada pagi 1hb Syawal.

2. Waktunya pula ialah dimulai terbit matahari sampai tergelincir.

3. Hukum Solat Sunat Aidilfitri ini adalah Sunat Muakkad, bagi lelaki dan perempuan yang bermukim atau bermusafir.

Cara-cara melakukan Solat Sunat Aidilfitri:

1. Selepas menunaikan solat subuh, di sunatkan kita mandi sunat Aidilfitri, dengan membaca basmalah dan niat dihati “sahaja aku mandi sunat aidilfitri pada tahun ini kerana Allah swt”.

2.Lalu bersiaplah dengan sunat juga memakai wangi-wangian (yang tiada alkhohol ye). Dan pakaian yang cantik, kalau takde yang baru yang lama tetapi masih elok lagi pakailah. Buat apa nak membazirkan..tetapi yg penting mesti bersih dan suci daripada najis.

3. Setelah siap  berpakaian disunatkan juga kita makan terlebih dahulu sebelum ke masjid.

4. Lalu berangkatlah ke masjid / surau utk menunaikan solat sunat tersebut sambil memperbanyakkan ucapan takbir.

5. Setelah tiba di masjid tadi berniat iktikaf, dan sebelum duduk solatlah sunat tahhiyatul masjid. Tetapi jika ruangan dalam masjid itu sudah penuh, kita ke kawasan lapang sahajalah. Jadi tak perlulah solat sunat tahhiyatul masjid.

6.Hanya duduk dan mengulang2kan ucapan takbir sehingga imam bangun untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

7. Niat solat ” sahaja aku solat sunat aidilfitri 2 rakaat kerana Allah Taala”

8. Selepas membaca doa iftitah membaca takbir 7x dan setiap habis takbir membaca tasbih, selepas itu bacalah surah Alfatihah dan kemudian bacalah surah yang anda suka tetapi yang utama ialah surah Al’Aala

9. Pada rakaat kedua pula takbir sebanyak 5x dan setiap habis takbir dibaca tasbih, selepas itu bacalah surah Alfatihah dan surah sesuka hati anda dan surah yang lebih afdhal ialah surah Al-Qasyiah.

Dikesempatan ini juga ustazah ingin memohon jutaan kemaafan andai ada tutur kata yang terkasar, dan tulisan yang menyinggung perasaan pembaca. Juga ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin slam buat seisi keluarga pembaca. Semoga ukhwah dan silaturrahim yang terjalin akan berpanjangan InsyaAllah.

Sampai ketemu lagi selepas hari raya nanti.

Wassalam

-ustazah azimah-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>