Zakat Fitrah..
Assalamualaikum wbt dan Salam berzakat
Bertemu lagi kita pada kali ini dgn tajuk yg suka ustazah nak kongsikan iaitu “Zakat Fitrah”
Zakat Fitrah adalah wajib, Abdullah b Umar r.a berkata bahawa NAbi saw memfardhukan zakat fitrah hanya di bulan Ramadhan. Zakat fitrah ini kewajipannya lebih awal sedikit daripada zakat harta.
Kadar zakat firah pula tk banyak sebenarnya iaitu hanya segantang tamar ataupun tepung. Begitu juga dengan beras kadarnya segantang sahaja. Ianya juga boleh dibayar dengan duit sahaja iaitu berdasarkan harga segantang beras. Bahkan kalau nak berlebih sedikit pun apa salahnya, Jangan berkurang pula sudahlah.
Ramai yang tertanya2 dan ingin tahu berapakah kadar segantang beras itu kiraannya dalam kilogram. kadarnya ialah 2.7kg sahaja. Kadar duit nya pula mengikut negeri masing2 yg talah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa, jika di Perak tempat ustazah menetap ini kadarnya ialah RM7 shj.
Hikmah berzakat ialah : sebagaimana kata Ibnu Abbas r.a :
” Nabi saw telah memfaradhukan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasadaripada laghadan percakapan yang kotor, dan juga sebagai pemberian makanan kepada orang miskin” (Riwayat Abu Daud)
Justeru itu berdasarkan hadis di atas ada 2 hikmah yang besar iaitu:
1. Zakat sebagai pembersih daripada daki maksiat dan kekurangan sewaktu berpuasa.
2. zakat sebagai pemberian kepada fakir dan miskin.
Siapakah yang wajib keatas(membayar) zakat firah ini?
Abdullah b Umar berkata bahawa Nabi saw bersabda :
” Nabi saw telah memfardhukan zakat fitrah dengan kadar segantang daripada tamar atau satu gantang tepung ke atas hamba dan merdeka, lelaki dan wanita, kanak-kanak dan dewasa daripada orang Islam”
( Riwayat Bukhari)
Jadi kesimpulannya zakat fitrah ini wajib ke atas yg berikut:
1. Hamba
2. Orang yang merdeka
3. Lelaki
4. Perempuan
5. Kanak-kanak
6. Dewasa
7. Semua yang di atas yg beragama Islam.
Bagi kanak-kanak manalah ada duit nak bayar fitrahkan? jadi ibu bapalah yang wajib membayar zakat fitrah itu untuk mereka.
Wallahu’alam
-ustazah azimah-



October 18th, 2009 at 7:02 pm
Assalamualaikum..
Saya harap seseorang dapat menjelaskan tentang hukum pembayaran zakat melalui sistem pesanan ringkas.Dan apakah hujah-hujah yang digunakan.Harap ada yang membantu.Sebarang info boleh hantar ke email saya.
Wassalam..
Yang Benar,
detektif_conan619@yahoo.com
August 9th, 2010 at 10:25 am
assalammualaikum ustazah..sy ada pertanyaan mengenai zakat fitrah ni..sy dan suami keje berasingan. sy di johor dan suami di sabah..di johor, sy menetap bersama keluarga sy. sy ada kemusykilan mengenai kadar zakat yang suami sy perlu bayar. adakah kadar zakat yang perlu di bayar berdasarkan di mana sy menetap atau mengikut tempat suami bekerja? terima kasih ustazah atas respon.
August 9th, 2010 at 1:16 pm
salam
mengenai zakat, kita dikehendaki membayar zakat mengikut tempat kita bersmastautin atau menetap. tp tk menjadi salah jika kita menetap di Kl tp apabila pulg raya di kpg di Perak kita bayar zakat di perak. Jd dlm masalah pn ini jika suami pn nk byr zakat utk kalian berdua ikutlah kadar tempat suami pn nk byr tu..kt mana2 pun tkpe. Janji wajib bayar zakat
semoga dpt membantu
-ustazah azimah-