Pengertian Wudhuk..
Assalamualaikum wbt dan Salam LailatulQadar
Buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ustazah ni semoga kalian semua dirahmati oleh Allah swt. Di samping kita beribadat dan mencari malam yg terbaik dari seribu bulan ini ustazah suka berkongsi tajuk “wudhuk”
Adapun menurut bahasa wudhuk bermaksud bersih dan indah. Menurut syarak pula membersihkan anggota2 mwudhuk untuk menghilangkan hadas kecil. Wudhuk adalah satu syarat untuk sahnya solat yang dilakukan oleh seseorang. Perintah wajib wudhuk ini sebagaimana firman Allah swt yg bermaksud :
” Wahai orang2 yg beriman , apabila kamu hendak melakukan solat, maka basuhlah mukamu, dan kedua tanganmu hingga ke siku, sapulah kepalamu, kemudian basuhlah kedua kakimu hingga ke buku lali”.(Surah Al-Maidah :6)
Syarat2 sah wudhuk:
1. Islam
2. Mumaiyiz-orang yang dapat membezakan antara baik dan buruk
3. Menggunakan air mutlak -iaitu air yg suci lagi menyucikan
4. Tidak ada sesuatu yang menghalang air dari sampainya wudhuk ke anggota wudhuk tersebut (walaupun sisik ikan, liquid paper dll)
Fardhu wudhuk:
1. Niat wudhuk dibaca ketika tepat waktu air itu sampai ke muka
2. Membasuh muka dari mulai tempat tumbuhnya rambut (dahi yg paling atas) dan hujung dagu sampai antara kedua telinga.
3. membasuh dua belah tangan hingga ke siku
4. menyapu sebahagian rambut di kepala
5. membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali
6. tertib- mendahulukan yg dahulu dan mengemudiankan yg kemudian (ikut urutan)
Sunat wudhuk ustazah akan kongsikan kemudian di post akan datang insyaAllah.
Sampai ketemu lagi.
Wassalam.
-ustazah azimah-


