Syarat Wajib Solat..

Assalamualaikum wbt dan salam sahur

Bertemu lagi kita pada kali ini. Ustazah ras syukur sangat kerana masih lagi diberi kesihatan dan masih mampu melakukan ibadah walaupun letih mengajar di sek tadi. HAri ini ustazah mengajar Pend Islam Tahun 4 bidang Ibadat dengan tajuk “Syarat Wajib Solat”
jadi ustazah terfikir untuk dikongsikan bersama dengan pengunjung di blog ustazah ni pulak.

Adapun SYARAT WAJIB SOLAT adalah 4 perkara:

1. Islam – wajib solat ke atas semua orang Islam

2. Baligh - bermaksud cukup umur, bukan cukup umur sambut harijadi. Tapi cukup umur mengikut syarak. Cukup umur bagi lelaki ialah ketika bermimpi dimalam hari dan keluar air mani. Baligh bagi perempuan pula apabila ia didatangi haid (period) mulai umur 9-15. dan ustazah ingatkan kepada murid perempuan bahawa jika sampai umur 15 tidak didatangi haid berjumpalah dengan doktor.

3. Berakal - wajib solat bagi mereka yang berakal waras, jika akal dah tak siuman tidak wajib atasnya solat

4. Suci dari Hadas – Suci dari Hadas Kecil dan Hadas Besar adapun hadas kecil sperti kentut, buang air kecil dan air besar. Sementara Hadas Besar pula seperti haid, nifas, wiladah, keluar mani. Jika berhadas besar perlulah mandi hadas besar(mandi wajib) dahulu barulah boleh solat.

Sekian, harap dapat memberi manfaat buat semua yang membaca.

Wassalam

-ustazah azimah-

8 thoughts on “Syarat Wajib Solat..

  1. salam to m.tarmize

    org yg dilahirkan buta dan pekak tu jika islam wajib le solat, jika dia berakal waras dan tidak gila wajib le solat.. kecacatan itu semulajadi..ataupun jika dia cacat kerana kemalangan atau disebbakan apa sekali pun tetap juga kena solat.

  2. assalammualaikum ustazah..

    Adakah antara syarat wajib solat ialah tidak cacat dua pancaindera? Kerana saya ada terbacanya di dalam sebuah buku. Jadi adakah sekiranya dia cacat 2 pancaindera tidak wajib untuk solat?

  3. salam alaiki ya ustazah..
    baca yg ini :
    SYARAT WAJIB SOLAT

    * Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
    * Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:

    1. Beragama Islam.

    2. Baligh.

    3. Berakal.

    4. Suci daripada haidh dan nifas.

    5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.

    6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.

    ini saya dapat dari jabatan mufti negeri melaka.
    betul ka? yang mana satu benar?
    http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/syarat_solat.htm

  4. salam to wani dan intan

    Allah S.W.T telah memerintahkan ( mewajibkan ) solat 5 waktu kepada Rasulullah S.A.W dan umat-umatnya yang telah akil baligh. Firman Allah S.W.T di dalam surah An-Nisa’, ayat 103 yang bermaksud : “Sesungguhnya sembahyang itu adalah ketetapan ( wajib ) ke atas orang-orang yang beriman pada waktu-waktu yang telah ditetapkan” Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat cara aku sembahyang”.

    sya telah cuba mencari dalil yg mengatakan bahawa org buta,pekak dan cacat tidak wajib solat.

    dalil yg ada kebanyakkannya merujuk kepada solat wajib bg org2 beriman..orang yg beriman di sini bermaksud org2 islam . Wallahua’lam

  5. as salam

    mumayyiz ialah org yg tahu membezakan samada sesuatu itu baik atau buruk. kanak2 yg tadika yg sudah tahu tahi itu kotor, bunga itu wangi sudah dikira mumayyiz
    baligh ialah cukup umur cth: perempuan yg sudah datang haid ialah sudah baligh
    lelaki yg sudah keluar air mani adalah sudah baligh

    wassalam

  6. Assalamualaikum ustzah..

    Berkenaan dengan solat orang buta dan pekak tu ada banyak perbincangannya..

    1) Bagaimana untuk mengajar orang pekak membaca bacaan dalam solat? dan kebanyakan @ pastinya orang yang pekak itu adalah bisu kerana tidak pernah mendengar apa2 kalimah pun. Adakah wajid solat bagi orang pekak? (orang yang pekak dari kecil)..

    - Kebanyakan ust yang saya tanya menjawab, TIDAK WAJIB solat bagi orang pekak selagi mana tidak ada alat @ kaedah untuk mengajar orang pekak cara membaca bacaan dalam solat. Ianya menjadi WAJIB jika ada alat @ kaedah untuk mengajar mereka membaca bacaan dalam solat.

    Wallahua’lam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>