Adab Membaca Quran
Assalamualaikum wbt dan Salam Sahur
Bertemu lagi pada kali ini, semoga kita semua berada di dalam peliharaanNya dan mendapatkan keberkatan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Tentunya semua orang sibuk melakukan ibadat dengan solat tarawih, solat witir dan tak kurang juga dengan tadarus. Jadi tajuk yang ustazah nak kongsikan kali ini ialah “ADAB MEMBACA AL-QURAN”.
Semua orang berharap dan bercita2 boleh khatam Quran pada bulan Ramadhan ini, tapi tk kurang juga yg berharap dapat khatam setahun sekalipun jadilah. Dengan kata lain menjadikan bulan Ramadhan bulan khatam Quran.
Di sini ustazah kongsikan adab membawa dan membaca quran:
1. Terlebih dahulu mestilah berwudhuk.
2. Memegang dan membawa dengan tangan kanan.
3. Berpakaian sopan dan menutup aurat
4. Afdhal Mengadap kiblat
5. Quran mestilah atas dari peha kita atau riba kita kedudukannya.
6. Disunatkan memulakannya dengan membaca ta’awuz atau A’uzubillah…
5. Membaca dengan tartil atau bertajwid kalau boleh bertaranum lagi bagus..
7. Sebaiknya menggunakan kayu penunjuk atau pensil , pen atau seumpamanya. kurang sopan jika menunjuk dengan jari. Tapi jika yg sudah mahir tak guna penunjuk dah biasanya.
8. Selepas selesai membaca simpan ditempat yang tinggi.
Kadang2 kita berniat nak membaca Quran selepas solat tiba2 wudhuk kita terbatal kerana ‘angin keluar’ nak ambik wudhuk semula dah malas, dh tak jadi kita membaca Quran atau mengaji. Tapi jika kita ada Quran terjemahan tkpelah kita boleh terus membacanya. Tapi di sini ustazah nak tunjukkan Quran Digital yg mana boleh kita baca walaupun kita berhadas kecil (tiada wudhuk). Kerana ia mengandungi terjemahan dan hadis dan juga ada terdapat panduan haji dan umrah. Juga terdapat Solat Jamak dan Qasar dalam Bahasa Melayu.
Dengan saiz nya yg kecil bersaiz poket boleh dibawa kemana2. Sangat praktikal. Berminat boleh dapatkannya sebuah dengan membuat pesanan melalui ustazah azimah sendiri . Promosi untuk bulan Rejab hingga Zulhijjah RM290 sahaja, penghantaran percuma.
Sekian, sampai jumpa lagi
-ustazah azimah-


