Amalan menjadi wanita solehah..
Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan
Bertemu lagi kita pada kali ini dengan tajuk yg suka ustazah nak kongsikan iaitu “AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”.
Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.
Amalan-amalan itu ialah:
1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.
3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.
4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.
7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!
Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.
Wassalam
-ustazah azimah-






August 27th, 2009 at 1:57 am
salam ziarah ustazah,artikel yang menarik…:)
moga ilmu yang baik dapat perkongsian..
August 30th, 2009 at 1:02 pm
ye la, amar harapan ustazah pun semoga ianya bermanfaat buat semua yg membacanya
September 7th, 2009 at 3:10 pm
salam…
panduan untuk hamba2 yg mahu berubah ke arah lebih baik..
semoga Allah memberkati usahaku ini…
September 8th, 2009 at 12:25 am
salam kembali buat naqiyah.
ustazah berharap agar catatan ni bermanfaat dan boleh dijadikan garis pandua utk yg mahu berhijrah, insyaAllah
September 8th, 2009 at 3:13 pm
Assalamualaikum ustazah..dharap ustazah berada dalam keadaan sihat wal’afiat hendaknya..Ustazah,saya mahu bertanya adakah seseorang yang cukup solat,mjga aurat,berpuasa itu terlebih dahulu dicampakkan hidayah oleh Allah swt ke dalam hatinya?bagaimana pula sekiranya amalan2 yg dilakukan itu kerna ia sudah sinonim sejak awal usia lagi(mumaiyiz)disebabkan hidup dalam keluarga yg memang latarbelakang agamanya kuat,adakah hidayah Allah juga telah sedia ada dalam dirinya sejak dilahirkan??
September 8th, 2009 at 11:36 pm
Salam buat senandung semalam.
T.ksh krn sudi bertanya. Sesungguhnya Allah itu bersifat Alhadi iaitu bermaksud Allah itu Maha Pemberi Hidayah kepada sesiapa yg dia kehendakinya.
Kita perlu dan digalakkan memohon hidayah setiap hari.Sprt dlm surah alfatihah ayat ke 6. Apabila amalan yg kita lakukan ikhlas pasti akan terbit hidayah darinya. Ada juga yg kita lihat mereka2 yg menjaga aurat, dan melakukan amalan2 lain tetapi membuat juga perbuatn tercela mungkin hidayah tidak sampai kpdnya.
Hidayah milik Allah dan berdoalah seperti ini Ya Allah berikanlah aku taufiq dan hidayahMu, dan janganlah kau sesatkan aku setelah engkau beri aku hidayah.
Wallahua,lam.
December 22nd, 2009 at 9:05 pm
asalamualaikum..saya tertarik dengan artikel ustazah berkenaan amalan wanita solehah..tapi boleh tak ustazah terangkan dgn maksud ayat ini”wanita yg baik,hanya utk lelaki yg baik,begitu sebaliknya”.
March 18th, 2010 at 8:31 pm
assalamualaikum…kbtln saya mmbaca artikel ustazah…dapat juga saya mengetahui amalan menjadi seorang wanita solehah…tima kasih saya ucapkan..mdh-mdhn ape yang saya dapat nie dapat saya amalkan..timakasih sekali lagi
April 5th, 2010 at 11:47 pm
salam murnie
tksh sudi membaca, marilah kita bersama2 mengamalkannya, semoga mendpt keberkatan dan rahmat dr Ilahi
April 7th, 2010 at 12:36 am
assalamualaikum ustazah……
hrp sht d sisi keluarga..sy begitu ttarik dgn artikel ini..sy skrang sdg cuba u berubah..cuba u meninggalkan prangai lama sy dan kisah silam sy..sy harap ustazah dpt mmberi sy sdikit tnjuk ajar kpd sy supaya sy di kuatkn iman u truskn pjuangan sy ini…supaya sy tdk kembali lg ke prangai lama walau ape pn dugaannye…harap ustazah dpt mmberi tnjuk ajar….
terima kasih ustazah…
April 13th, 2010 at 9:29 pm
salam
apa pun yg kita lakukan utk berhijrah ke arah kebaikan memerlukan pengorbanan. Ustazah percaya saudari boleh melakukannya. Apa yg penting ingatlah selalu bahawa segala hajat kita mohon lah kpd Allah , nescaya Allah perkenankan. dan Allah melihat setiap perbuatan kita dan kita tdk dpt terlepas dari balasan Allah di akhirat kelak.
Semoga ini mampu memimpin saudari menjdi hamba Allah yg baik dan taat kepadaNya