Tarawih dan Witir..
Assalamualaikum wbt dan salam Tarawih
Bertemu lagi dengan tajuk yg ustazah rasa sesuai untuk dikongsikan iaitu “SOLAT SUNAT TARAWIH & WITIR”
Solat Sunat Tarawih ialah Solat malam yg dikerjakan pada bulan Ramadhan dan ianya tidak boleh dilakukan pada bulan2 yg lain. Hukumnya ialah Sunat Muakkad, boleh dikerjakan seorang diri atau secara berjemaah. Solat ini dilakukan selepas waktu solat Isyak sampai waktu fajar.
Bilangan rakaat yg dilakukan oleh Rasulullah saw lapan, Khalifah Umar b AlKhatab pula sebanyak 20 rakaat. Amalan Umar ini telah disepakati Ijmak.
Cara melakukannya:
Tiap2 dua rakaat diakhiri dengan satu salam. Setelah selesai solat tarawih seeloknya disudahi dengan solat witir sekurang2nya satu rakaat.Tetapi kebiasaanya kita melakukannya sebanyak 3 rakaat.Tetapi umumnya 3 rakaat dengan dua salam atau 3 rakaat 1 salam pun boleh dikerjakan juga.
SOLAT WITIR pula :Surah yang dibaca sesudah fatihah pada rakaat pertama boleh pilih sesukahati dan tidak ditetapkan, sedang rakaat kedua pula selepas fatihah juga boleh dibaca surah mengikut pilihan sendiri tetapi afdhal ialah surah al-ikhlkas. Jika witir satu rakaat bacalah surah alikhlas, al-falaq dan an-nas.
Sekian dahulu, sampai jumpa lagi.
-ustazah azimah-









September 8th, 2009 at 7:05 pm
assalamualaikum ustzh…..
sy ade kekeliruan mengenai solat jemaah..
sy nk tanye…saf untk muslimat kne rapat kekiri @ knn???
bagaimana pula solat 2 klu saf dihadapan tak penuh(dihujung2) tp dibelakang ade saf baru???
September 8th, 2009 at 11:43 pm
salam kembali buat salwa
t.ksh krn bertanya. 1.Tentang kedudukan Saf wanita kalau imam lelaki wanita disebelah kiri. tetapi kalau semua wanita imam pun wanita kita sebaris dikiri dan kanan imam, cuma imam agak kehdapan sedikit shj.
2. Tak penuh tk menbgapalah mungkin krn jemaah dtg lewat, tp seelok2nya penuhkan dulu saf yg hadapan.baru buat saf baru. memg ada jemaah yg tk suka masuk saf dpan lebih suka duk saf blkg. Kdg2 ustzah pun tk faham.
September 12th, 2009 at 5:19 pm
mekacih ustazah……