Masalah yg berkaitan dgn Puasa..
Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan Al-Mubarak
Bertemu lagi kita pada catatan dan perkongsian ilmu dgn ustazah pada kali ini. Alhamdulillah selesai sudah kita berpuasa pd hari yg pertama.anak2 ustazah pun yg berumur 10 dan 8 tahun pun dpt juga menyempurnakan ibadah puasa mereka dgn jayanya. Bila waktu berbuka mereka seronok sangat dan berkata esok kami nak puasa lagi. Biarpun dari jam 4 ptg tadi mereka dh menyebut lapar, lapar.Ustazah dan suami jenuh meminta mereka bersabar. Akhirnya berjaya juga.Terima Kasih ya Allah.
Pada kali ini suka ustazah berkongsikan Beberapa Masalah Yang berhubung dengan Puasa.
1. Makan/minum kerana terlupa.
Bagi orang yg berpuasa tiba2 terlupa, misalnya mereka makan dan minum selepas itu tiba2 mereka teringat yg mereka sedang berpuasa, ianya dimaafkan dan mereka boleh terus berpuasa.
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi saw bersabda: “Apabila seseorang dari kamu makan atau minum kerana lupa maka sempurnakanlah puasanya, sesungguhnya Allah telah memberikan makan dan minum kepadanya”. (H.R. Abu Daud dan Tarmizi)
2. Orang yg masih junub sampai fajar
Bagi suami isteri yg berpuasa tidak menghalang mereka untuk “bersama” pada malam bulan Ramadhan dan apabila sampai fajar masih junub belum mandi, maka cukup mandi setelah fajar dan tidak terhalang untuk berpuasa.
Nabi saw bersabda: Dari Aisyah berkata: Bahawasanya Rasullullah saw sampai mfajar masih dlm keadaan junub kerana persetubuhan , lalu mandi (pagi-pagi) dan terus berpuasa”. (H.R. Bukhari dan MUslim)
3. Mengambil darah ketika sedang berpuasa.
Ianya tidak membatalkan puasa kerana ambil darah dicucuk jarum melalui tangan. Tangan bukan anggota / rongga yang terbuka.
4. Menelan air liur
Menelan air liur juga tidak mengapa. sah puasa kita.
Sekian dahulu untuk kali ini.
Wassalam
-ustazah azimah-


