Maksud As-Syiam..(PUASA)
Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan
buat semua pengunjung dan pelawat yg sudi hadir ke blog ustazah ini.
Kali ini ustazah suka berkongsi tajuk yg paling hampir dgn kita iaitu ‘PUASA’
1. Pengertian puasa ialah menahan diri dan menurut syarak menahan diri dari lapar dan dahaga, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari disertai niat dengan syarat2 tertentu.
Adapun puasa di bulan Ramadhan dilakukan selama 29 atau 30 hari. (sebulan)
2. Niat puasa : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu bulan Ramadhan tahun ini sekeliannya kerana Allah Taala.ini dibaca pada hari permulaan sahaja dan sekiranya kita terlupa pada hari kedua atau ketiga puasa tidak mengapa kerana kita sudah berniat dgn niat ini.
3. Niat puasa pd tiap2 malam / hari : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
4. Syarat2 Wajib Puasa:
*Beragama Islam
*Baligh dan berakal-kanak2 belum diwajibkan cuma bolehlah dilatih.
*Suci dari haid dan Nifas (bagi perempuan sahaja)
*Kuasa bermaksud mampu melakukan tidak sakit dan bukan sudah terlalu tua, mereka ini tidak boleh berpuasa tetapi wajib membayar fidyah.
5. Rukun Puasa:
* Niat
* Meninggalkan segala yg membatalkan puasa mulai terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari.
6. Hikmah Puasa:
* Mengawal nafsu dan keinginan manusia biasa
* Mendidik jiwa agar biasa dan dapat menguasai diri sehingga mudah menjalankan semua kebaikan
* mendidik menjadi insan yg sabar dan tabah menghadapi ujian
* mendidik diri berdisiplin dan amanah utk tidak makan dan minum sehingga tiba waktu berbuka serta menjauhi segala perkara yg dilarang
* dapat menjaga dan memperbaiki kesihatan
* Menanam rasa kasih sayang dan saling membantu sesama manusia
Semoga Ramadhan yg datang kali ini lebih bermakna dari tahun2 lalu. Tingkatkan keimanan dan ibadat kita kpd Yang Esa. Moga keampunan , kerahmatan dan keberkatan menyebelahi kita sekeluarga, aminn..
Sekian, Wasalam.
-ustazah azimah-



April 8th, 2010 at 4:59 pm
assalamualaikum
saya ingin menanyakan masalah emak saya..dulu mak saya melahirkan 2 orang anak pada bulan ramadhan, jesteru itu emak saya tidak mengetahui bahawasanya dia hendaklah mengantikan balik puasa itu selama sebulan, kerana ada seorang hamba allah memberitahu kepada emak saya yang orang bersalin tidak diharuskan ganti..walaubagaimanapun dengan keizinan allah emak saya ada terdengar ceramah di dalam al kuliyah yang menyatakan orang bersalin diharuskan mengantikan puasa.emak saya sudah menggantikan puasa selama 2 bulan untuk dua kali melahirkan anak,tetapi masalah ini adalah sudah lama,sekarang kakak 28thn dan abg 26thn.
jadi masalahnya sekarang emak saya tidak mengetahui macam mana untuk menyelesaikan masalah ini , emak saya juga telah mengirakan jumlah untuk membayar fidiyah, dan jumlahnya amatlah banayk sekali dan mencecah ribuan ringgit, dan itu emak saya tidak mampu untuk membayarkan keseluruhanya kerana keluarga kami ini bukan dari golongan yg berkemampuan.
ustazah,jikalau fidiyah itu kami hulurkan secara wang kepada anak-anak yatim,fakir miskin tidak mengapakah jika tidak dibayar melalui beras?
oleh itu apakah hukum jikalau emak saya tidak dapat membayar kesemuanya? dan juga emak saya tidak mengetahui sebanyak mana yang betul-betul dibayar kerana masalah ini sudah hampir menjangkau 30thn.
oleh itu saya berharap benar agar ustazah dapat membantu menyelesaikan masalah emak saya ini..di harap ustaz dapat memberikan jawapan ini dengan secepat yang mungkin supaya kami dapat menyelesaikannya sebelum bulan ramadhan ini..
diharap ustazah dapat emailkan jawapan ustaz itu kedalam email saya fiyana1806@yahoo.com
September 8th, 2010 at 9:26 am
salam ana
sebaiknye pergi berjumpa dgn ustaz2 kt pej agama mereka lebih arif dan akan mengirakan fidyah tersebut..
July 24th, 2011 at 6:50 pm
terima kasih ustazah sebab kongsikan di blog ini…mudah untuk saya lebih memahami beberapa perkara