Tafsiran Surah Al-Ikhlas..
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Bertemu lagi kita pada kali ini dgn tajuk yg suka ustazah kongsikan iaitu Tafsiran Surah Pilihan kali ini iaitu Surah Al-Ikhlas.
Ustazah tahu dan sangat sedia maklum bahawa ramai diantara kita yang telah menghafaz surah ini.Anak kita di tadika pun sudah mula menghafaz surah ini. Cuma yg kita ramai tidak arif dan tahu ialah tentang maksud kandungan surahnya sahaja.
Bismillahhirahmanirrohim.. dengan nama Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
1. Katakanlah (ya Muhammad) bahawa (Tuhanku) ialah Allah itu Esa.
2. Allah jualah tempat memohon segala hajat
3. Allah itu tidak beranak dan tidak pula Ia diperanakkan
4. Dan tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya.
Pengajaran yg kita perolehi dr surah ini ialah:
1. Allah itu tuhan yg satu dan Esa tiada 2 atau 3 ataupun banyak.
2. Sebarang hajat atau keinginan kita pohonlah kepada Allah yg Esa dan janganlah kita meminta atau memohon selain dari-Nya.
3. Memohon dengan ikhlas dan permohon yg berupa kebaikan InsyaAlllah pasti Allah tunaikan.
4. Allah itu tiada keturunan dan jangan sesekali kita mengakui selain dariNya
5. Jangan mensyirikkan Allah kerana ia dosa besar
Sekian dulu, Wassalam..
-ustazah azimah-


