Allah itu bersifat AsSobuur..
Assalamualaikum dan salam persaudaraan
Ustazah nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa saje yg sudi singgah atau berkunjung ke blog ustazah yg tak sepertinya ini. Blog ini ustazah tulis berdasarkan ilmu yg ada sedikit cuma, melalui pemerhatian, melalui pengalaman dan juga melalui bahan2 bacaan serta tajuk2 dlm sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Bila ustazah mengajar di kelas dan ustazah rasa tajuk itu sesuai utk dikongsikan maka ustazah akan catatkan di sini. Bahasa yg mudah digunakan agar ia memberi manfaat kpd semua, maklumlah ustazah pun ustazah sek rendah jer..
Pada kali ini suka ustazah nak kongsikan tajuk ” Allah itu bersifat AsSobuur” yg bermaksud Allah itu Maha Sabar.
Pengertian Allah bersifat AsSobuur ialah Allah swt itu bersifat Maha Sabar dan tidak terburu-buru.
Dalil aqli ialah: Allah itu tidak terburu2 menghukum hambanya yg derhaka dgn serta merta dan Allah menangguhkannya hingga hari Akhirat nanti. Allah juga memberi peluang agar hambanya yg derhaka itu memohon maaf dan bertaubat.
Kita juga patut mengamalkan sifat sabar dlm kehidupan kita seharian. Terutama sabar dlm mendidik anak2 sendiri dan anak2 murid bagi seorang guru. Kita terpaksa bersabar melayan kerenah mereka walaupun adakalanya kelakuan mereka amat mencabar kesabaran kita! sabar..sabar
Sabar itu salah satu cabang iman, Allah itu sentiasa bersama2 dgn orang yg sabar. Apa yang perlu kita buat…SABAR!
Nabi saw adalah contoh terbaik dalam bab ini, suka ustazah kongsikan satu cerita yg terjadi kepada Nabi saw yg bersabar dalam menyampaikan dakwah Islamiah.
Di Kota Madinah , terdapat seorg pengemis miskin Yahudi yg buta. Dia selalu memfitnah Nabi saw dan menyuruh org ramai memulaukan Baginda. Tetapi setiap pagi Nabi saw akan mengunjungi beliau dan menyuapkan makanan kpd pengemis itu tanpa bersuara. Terlebih dahulu Nabi saw akan menghalusi (menghancurkan) makanan itu sebelum disuap ke mulut pengemis tersebut.
Baginda sangat bimbang pengemis itu akan tercekik. Begitulah sayang nya Nabi saw kpd semua makhluk Allah.
Pada suatu hari Syaidina Abu BAkar AsSiddiq bertanya kpd anaknya Aisyah ” Wahai Aisyah apa lagi amalan Rasullullah saw yg belum lagi aku lakukan?”. Aisyah menjawab ” semua perkara ayahanda dh lakukan kecuali satu shj . Setiap pagi Nabi saw akan ke pasar dan membawa makanan utk pengemis yg buta di sana. Lalu ABu Bakar pun bertemu dgn pengemis tersebut dan dia menyuapkan makanan ke mulut pengemis buta itu. Lalu berteriaklah pengemis itu sambil marah ” Siapakah kamu..?kamu bukan org yg biasa menyuapkan aku, kerana beliau selalu menghaluskan makanan itu sebelum menyuapkan ke mulutku”. Syaidina Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya sambil berkata ” Aku memang bukan org yg biasa dtg kpdmu, kerana insan mulia itu sudah tiada. Orang itu ialah Muhammad Rasullullah saw”.
Pengemis tersebut tergamam dan menanggis dan berkata “benarkah demikian? selama ini aku sering mencaci dan memfitnahnya, tetapi dia tidak pernah memarahiku bahkan dia melayanku seolah2 aku bapa kandungnya.
Akhirnya pengemis itu memeluk islam di hadapan Syaidina Abu Bakar. Alhamdulillah…
Begitulah besarnya berkat kesabaran Nabi saw. Kita pun semua ustazah seru terutama diri ustazah sendiri utk sentiasa bersabar dlm menjalani kehidupan seharian. Laluilah hari2 kita ini dgn redho, ikhlas dan tawakal. Selalu kita ingat bahawa Allah sentiasa bersama orang2 yg sabar. Jika kita sabar, Allah pasti beri kita jalan dan memudahkan semua urusan kita InsyaAllah.
Wassalam
-ustazah azimah-


