Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah
Bertemu lagi kita pd catatan ustazah kali ini. Suka ustazah kongsikan pada hari ini dgn tajuk “Azan dan Iqamah”
Pengertian zan ialah lafaz2 tertentu untuk memberitahu masuknya waktu solat.
Pengertian Iqamah pula ialah lafaz2 tertentu untuk segera mendirikan solat.
Hukum melaungkan azan atau mengumandangkan (memperdengarkannya) adalah sunat muaakad untuk semua solat fardhu.
Adapun pada zaman Nabi saw orang yg melaungkan azan dan iqamah ialah Bilal bin Rabah. Dan sehingga kini orang yg melaungkan azan dipanggil ‘Tok Bilal’.
Perkara sunat semasa azan dan iqamah:
(azan ) (iqamah)
1. dilaungkan di tempat tinggi 1. dilakukan ditempat didirikan solat
2. dinyaringkan suara 2. diperlahankan suara
3. dilafazkan secara tartil 3. dilafazkan secara cepat (hadar)
Kegunaan azan dan iqamah selain solat:
1. dilaungkan di telinga bayi yg baru lahir
2. dilaungkan untuk org yg hendak bermusafir sbg tanda berpisah
3. boleh dilaungkan ketika waktu cemas (menghadapi kebakaran, ribut petir dll)
4. dilaungkan pd individu yg dirasuk oleh syaitan sboleh menjadi penawar
Dengan ini moga2 tulisan dan catatan ustazah boleh menjadi amalan kita seharian ya.
Wassalam
-ustazah azimah-