Solat Sunat Dhuha dan fadhilatnya..

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah

Kali ini suka ustazah nak berkongsi tajuk Solat Sunat Dhuha yg baru ustazah baca melalui bebarapa hadis pada petang tadi..

Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Mohd saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur

Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di  lautan.

Hadis ketiga:  Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian.

Solat sunat dhuha itu dilakukan dgn 2 rakaat mcm solat sunat yg lain.  Waktu nya selepas waktu syuruk dari 7.30 hingga 11.00pg.

Cara solat dhuha:
1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Assham dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Addhuha.
2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Addhuha dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah al ikhlas
3. Yang tebaik selepas fatihah rakaat pertama baca ayat kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga.

Harapan ustazah semoga selepas ini ustazah dan pembaca semua akan mengamalkan solat sunat dhuha pada setiap hari insyaAllah, tak boleh setiap hari dapat seminggu sekali, tk dapat seminggu sekali, sebulan sekali, tk boleh sebulan sekali setahun sekali tak dapt setahun sekali seumur hidup sekali pun jadilah…

Wassalam

-ustazah azimah-

7 thoughts on “Solat Sunat Dhuha dan fadhilatnya..

  1. salam, ustazah, nk minta kepastian..solat dhuha bermksd solat matahari sepenggal matahari naek kn?7.30 ke atas itu bkn termasuk wktu syuruk ke?boleh ke kite wat solat dhuha wktu dlm kol 8?saya kurang pham..tq

  2. Asslamualaikum ustazah……saya kurang jelas……….diatas ustazah nyatakan, pada rakaat pertama dan rakaat kedua baca doa dhuha………..betul ke????
    Maaf,…..bukan baca pd rakaat kedua ke??? terima kasih……assalamualaikum

  3. assalamualaikum, ustazah.. salam sejahtera.. terima kasih atas ilmu yang ustazah kongsikan.. saya akan cuba mengamalkan solat sunat dhuha ni kalau boleh setiap hari.. semoga kita semua akan beroleh keberkatan dari-Nya… amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>