Adab belajar ..
Assalamualaikum wbt dan salam israk mikraj
Hari ini suka ustazah hendak berkongsi tajukĀ ADAB MENUNTUT ILMU
Adapun hadis Nabi saw yang bermaksud : Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang samada muslimin dan muslimat.
Dari hadis ini fahamlah kita bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib bagi tiap2 orang tak kira jantina samada lelaki atau perempuan. Dan tidak hairan lah pada masa sekarang lelaki dan perempuan sama2 bersaing di universiti, di kolej dan pusat2 pengajian di dalam negara ataupun luar negara, bergantunglah kepada rezeki masing2.
Suka di sini ustazah kongsikan Adab2 menuntut ilmu yang di sarankan oleh agama kita:
1. Niat utk beribadat kpd Allah swt - kerana melakukan sesuatu perkara untuk diterima oleh Allah bergantunglah kpd niat kita. Tetapi perlu diingatkan bahawa “niat tidak menghalalkan cara”
2. Jauhi sifat hati yang tidak baik -sifat dengki, cemburu, bermegah-megah dan suka memandang rendah kebolehan orang lain
3. Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat guru
4. Tidak kedekut ilmu
5. Tanamkan kesungguhan diri utk mencapai kecemerlangan
6. Patuhi peraturan tempat belajar - melatih diri supaya berdisiplin
Setakat ini dulu buat kali ini, jumpa di catatan akan datang.
Wassalam
-ustazah azimah-









April 21st, 2010 at 1:56 am
ustazah..betul ke kite x boleh belajar time asar??
April 29th, 2010 at 5:44 pm
salam buat amirah
bukan tk boleh belajar pada waktu asar, cuma kurang bagus.. tapi kita tak boleh elakkan jika kita belajar di sekolah yang sesi petang kan..