Israk dan Mikraj
Assalamualaikum wbt dan salam persaudaraan
Ditujukan istimewa buat semua pembaca dan pengunjung setia blog ustazah. Bersempena dengan kedatangan Peristiwa Besar dalam Agama Islam iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi kita Muhammad saw…
Esok seluruh umat islam akan menyambut Hari Kebesaran Islam, dimana peristiwa kita memperingati salah satu mukjizat Junjungan kita.
Israk beerti perjalanan Nabi saw dari Masjidil haram di Mekah ke Masjidil Aqso di Palestin dan Mikraj pula bermaksud perjalanan nabi dari MAsjidil Aqso ke Sidratul Muntaha (langit) perjalanan yang jauh tetapi hanya memakan masa semalaman sahaja dengan binatang tunggangan yang bernama Buraq. Ramai antara orang yang tidak mempercayai cerita Nabi itu, melainkan sahabatnya yang setia iaitu Abu Bakar Assiddiq yang sentiasa membenarkan kata2 Nabi.
Di dalam perjalanan Nabi ke langit Nabi telah bertemu dengan roh2 Nabi-nabi yang terdahulu seperti Nabi Ibrahim as, Nabi Musa s, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as dan Nabi Isa as. Melalui peristiwa ini jugalah difardhukan solat 5 waktu yang pada asalnya 50waktu. Tetapi Nabi Muhammad saw telah menerima pendapat NAbi Musa yang meminta Nabi meminta dikurangkan lagi bilangan waktu solat memandangkan umat Nabi saw yang kecil dan tidak berdaya untuk melakukan solat sebanyak 50 waktu itu. Sehinggalah 9 kali Nabi berulang alik dan pada akhirnya tinggallah 5 waktu sahaja yang difardhukan kepada kita sehari semalam. Dan Allah berfirman bahawa solat 5 waktu itu jika dikerjakan menyamai pahala solat 50waktu. Subhanallah…Allah Maha pengasih lagi Maha penyayang kepada semua makhluknya.
Di dalam perjalanan israk dan mikraj itu juga Nabi saw telah disediakan 3 jenisĀ minuman oleh Jibril berupa arak, madu dan susu kambing. Baginda telah memilih untuk meminum susu kambing yang dipercayai merupakan minuman kedua terbaik selepas susu ibu.
Kesimpulannya dari peristiwa di atas pengajaran yang diperolehi ialah kita mesti dan wajib menunaikan solat fardhu dalam apa jua keadaan pun dan jangan sesekali kita tinggalkan. Dan marilah kita meminum susu kambing sebagai usaha mengimarahkan sunnah nabi. Dapat banyak pahala, rahmat dan keberkatan. Memanglah pahala itu tidak kelihatan tapi rahmat dan keberkatan boleh dirasai oleh sesiapa yang memperolehinya, InsyaAllah…Keluarga ustazah pun sudah mula mengamalkan meminum susu kambing sebagi mengikut sunnah Nabi saw. Kami memilih susu kambing keluaran Hiraaq Syarikat Seleberiti TV3 Raja Mazian Raja Mohamed.
Wassalam
-ustazah azimah-


