Hari Bapa…
Assalamualaikum wbt ..dan salam buat semua yang bergelar bapa..
Bertemu lagi kita pada catatan ustazah kali ini iaitu tentang sambutan yang sedang diraikan diseluruh negara iaitu ” Sambutan Hari Bapa”
Selamat menyambut Hari Bapa kepada semua lelaki di luar sana yang bergelar bapa…termasuklah suami ustazah iaitu bapa kepada anak2 ustazah yang 2 orang tu. Iaitu En Amir Hakimi b. Meor Mohamed dan teristimewa juga buat bapa ustazah yang telah kembali kerahmatullah hampir 11tahun yang lalu iaitu Tn Hj Ismail b Hj Ahmad. Dengan ucapan Sekalung Penghargaan dan JutaanTerima Kasih , Semoga Jasa dan Pengorbananmu Mendidik dan membesarkan ku selama ini akan diberkati Yang Esa buat selamanya. Damailah pusaramu di sana bersama sewangin doaku untukmu bapaku…Moga kau di tempatkan bersama Para Solihin dan Syuhadah di taman 2 syurga , Aminn…!
Siapakah Bapa??…Bapa ialah seorang insan lelaki yang garang, tegas dan jarang bermesra dengan anaknya. Orang yang paling ditakuti. Dengar bunyi motosikalnya pulang kerumah, semua anak2 dan kecut perut…! jika sedang menonton kartun kegemaran , terus sahaja mematikan suiz tv. Pura-pura buat baik dengan mengambil buku atau alquran bersedia untuk diajar mengaji. Duit…sangat jimat. Pakaian yang kita pakai semua pilihan mereka dari segi fesyen , corak dan warna yang pastinya mesti menutup aurat. Hendak minta dibelikan mainan jauh sekali…bawa berjalan atau bersiar-siar pun tak pernah. Nak pergi ikut rombongan sekolah tak pernah dapat keizinan… . Semuanya mereka tentukan hatta kadangkala cita-cita anak2 pun mereka tentukan. Bila berpakaian “tak kena” sindiran yang diterima nak ber’sport’ ke..?: katanya.Kalau tak baca buku dia tak marah tapi kalau tak solat tak mengaji siaplah kami adik beradik…. Itulah karektor bapa ustazah…
Apa sahaja yang hendak dilakukan, bapa akan bermesyuarat dgn kami anak2. Segala apa yang hendak dia lakukan pasti akan ditaklimatkan dulu kpd kami. Ustazah sebagai anak perempuan sulung adalah anak yang paling bapa percayai.. Sewaktu penglihatannya semakin kabur oleh kerana penyakit kencing manis yang kuat , mata ustazahlah menjadi matanya. Setiap kali dia ingin solat berjemaah di masjid ustazah lah yang akan menghantarnya, selepas solat isyak ustazah akan mengambil dia dari masjid untuk pulang ke rumah. Pada tiap waktu petang mata ustazah juga yang akan membaca kitab2 untuk dia ulangkaji pengajiannya dan kami akan bermuzakarah bersama2. Dan adik2 lain yang kecil masa itu dipanggilnya utk duduk sekali mendengar. Mungkin dari situ jugalah ustazah suka memberi tazkirah…
Dia selalu berpesan dan ustazah selalu mengingati pesanan itu dan ustazah jadikan panduan utk kehidupan harian ustazah sehingga kini. Pesanannya ialah:
1. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya…
2. Hati kita tak sama dengan hati orang
3. Hidup bersederhana , apa yang orang ada kita mesti ada. Jangan pinjam orang punya barang! Hak orang takkan jadi hak kita.
Pada minggu2 terakhir umurnya…3 petang berturut2 dia membaca surah Yaasin.. yg sudah dihafalnya. Dan pada 8hb Feb 1998 bersamaan 10 Syawal 1429 jam 8am bapa kesayangan ustazah menghembuskan nafas yang terakhirnya. Tanpa kami semua disisinya…kerana dia meninggal dunia di Hospital Teluk Intan. Apabila pihak hospital memberitahu Abg sulung ustazah (kerana pd waktu itu abg ada tel bimbit) tentang kematian bapa kami. Apabila abg ustazah memberitahu “ Bapa dah takde lagi” dengan suara yang sebak …teras lembut lutut ustazah nak berdiri lagi! tak tau nak kata apa lagii…airmata turun tak berhenti2.
Cepat sungguh masa berlalu …dah 11 tahun dah. setiapkali teringatkan bapa…ustazah panjatkan sekalung doa moga roh beliau dicucuri rahmat Allah amin…
Akhir kata sayangilah bapa kita dan hormatilah beliau walaupun masa mudanya beliau seorang yang garang. Kerana Ketegasannya lah kita berjaya pada masa ini.
Wassalam
- ustazah azimah -



