Kepentingan Ilmu….

Assamualaikum dan salam penuh penghargaan….

Kepada pengunjung setia yang sering ke bolg ustazah ini. Semoga anda semua beroleh rahmat dan berkat dari Illahi.

Kali ini suka ustazah ingin membincangkan tajuk “Kepentingan Ilmu…”

Ilmu juga boleh kita bahagikan kepada dua bahagian iaitu Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah

Adapun Ilmu Fardhu Ain itu boleh dipecahkan kepada 3 bahagian pula seperti berikut:

1. Tauhid (ilmu ketuhanan)
* untuk mengetahui perkara yang berkaitan solat , akidah dan keimanan.
contohnya: mengenai sifat2 wajib bagi Allah, Sifat2 mustahil bagi Allah. Mengenal Malaikat sifat dan asal kejadiannya. Juga mengenalkan kita Sifat2 Rasul dan
kedatangan Hari Kiamat dll.
*  untuk memelihara iman daripada cacat / rosak tanpa kita sedari.
contohnya: apabila musibah datang dan menimpa,  kita tidak redho malahan kita menyalahkan takdir Allah pulak.

2. Fikah (ilmu ibadah)
*  untuk mengetahui berkaitan dengan ibadah seperti solat, puasa , tayamum dan sebagainya. Agar ibadah yang kita kerjakan itu sah dan diterima oleh Allah.
*  juga perkara berkaitan dengan jual beli menurut islam agar kita terhalang dari perkara yang diharamkan seperti riba, menipu dll.
*  untuk mengetahui perkara-perkara berkaitan dengan nikah kahwin dan hidup berkeluarga.  Hidup dirahmati serta mendapat keberkatan dari Allah swt

3. Tasawuuf (ilmu Akhlak)
* berkaitan perkara2 yang berkaitan dengan sifat mahmudah (terpuji) dan mazmumah (tercela)
* juga tentang adab2 kelakuan dan perbuatan kita  dalam kehidupan seharian

Ilmu Fardhu Kifayah pula ialah ilmu yang lebih umum yang diperlukan untuk manfaat dan kegunaan umat Islam. Sebagai contoh ilmu perniagaan, ilmu kedoktoran, ilmu perguruan, pertukangan, pertanian, penternakan dan sebagainya.

Semua perkara memerlukan ilmu pengetahuan. Sehingga orang yang berilmu dan tidak berilmu juga dapat kita bezakan melalui cara pemikiran, cara pertuturan, cara pemakaian  dan tingkah laku individu itu sendiri…

Ikutilah rasmi padi makin tunduk makin berisi.

Wallahhua’aalam…

-ustazah azimah-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>