Sebuah cerita…..wanita solehah (Mashitah)

Assalamualaikum dan salam kesejahteraan…

Kali ini ustazah suka nak bercerita tentang seorang wanita yang beriman kental dan membela agamanya sehingga sanggup mengorbankan keluarganya yang tercinta. Nama wanita yang disebutkan itu ialah MASHITAH .

Siapakah Mashitah? mungkin ada di antara pembaca yang dah tahu cerita ini dan tak kurang juga yang tak pernah dengar cerita tentang mashitah ini.

Mashitah ialah seorang wanita yang menjadi dayang pengasuh anak2 Firaun atau dalam kata lain beliau ini kerjanya sebagai tukang sikat rambut anak2 firaun.
Siapa yang tidak kenal dengan Firaun , Raja Mesir yang paling zalim dan kejam , selalu membunuh orang2 yang beriman. Dia juga sangat kuat perkasa dan mempunyai bala tentera yang besar , banyak dan kuat. Firaun juga tak pernah sakit . Bukan macam kita kena hujan sikit dah selsema lah, batuklah tak kurang juga ada yang demam. Oleh kerana kesihatannya yang kekal itulah Firaun menjadi sombong dan bongkak sehingga mengaku ndirinya sebagai Tuhan. Dan menyuruh semua rakyatnya menyembah dirinya.

Sehinggalah pada suatu hari Mashitah sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun dan tidak semena2 sikat yang dipegangnya itu terjatuh, lalu Mashitah pun mengucapkan Allah!. Anak perempuan Firaun pun melaporkan kejadian itu kepada Raja Firaun. Lalu Firaun pun memerintahkan pengawal semua menangkap keluarga Mashitah yang terdiri dari suaminya, dan (2 anaknya ) yang besar dan seorang yang masih bayi.. Dan Raja Firaun juga memerintahkan supaya pengawal memasak air dalam periuk besar ( mcm kawah la kot) dangan tujuan untuk merebus Mashitah dan ahli keluarganya. Ya Allah takutnya…apa terjadi seterusnya…

Untuk kali pertama¬† Raja Firaun menyoal Mashitah ” Mashitah siapakah tuhan kamu?” . “Allah ” jawab Mashitah. Lalu Raja Firaun menyuruh pengwalnya menolak suami Mashitah kedalam periuk besar yang sedang mendidih airnya itu, meninggallah suami Mashiatah. Kali kedua Raja Firaun yang zalim bertanya lagi solan yang sama dan jawapan Mashitah tetap juga serupa Tuhanku Allah, Pengawal menolak pula anak sulung Mashitah. Alangkah hiba dan sedihnya Mashitah waktu itu. Tapi di kuatkannya juga imannya. Dan pada kali yang terakhirnya, apabila Mashitah ditanya lagi oleh Raja Firaun dan anaknya yang masih bayi itu telah sedia dipegang oleh pengawal untuk dicampak ke dalam periuk air panas itu Mashitah mula dihasut Syaitan.. seperti mahu saja dia mengaku yang Raja Firaun itu Tuhannya, Tetapi kuasa Allah mengatasi segala… dengan izin Allah anak kecilnya yang masih bayi itu tiba2 bersuara…” Jangan takut duhai ibuku…Allah telah janjikan syurga buat kita sekeluarga…” tanpa berlengah lagi Mashitah terus merebut bayinya itu dan dia beserta bayinya melompat kedalam periuk besar yang berisi air panas mendidih. matilah semua keluarga Mashitah.

Sungguh sedih dan tragis kematian Keluarga Mashitah , sungguh kuat iman didadanya. Itulah contoh wanita yang patut kita teladani. Sebagi balasannya…dalam perjalananan Nabi saw dalam Israk Mikrajnya beliau terbau haruman yang sangat wangi. Lalu Nabi saw bertanya kepada Jibril bau apakah yang sangat wangi ini wahai Jibril. Jibril menjawab ini lah wangian dari pusara Mashitah.

Wallahhua’alam…

-ustazah azimah-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>