Mengapa kita bertudung?
Assalamualaikum w.b.t
Salam ukhwah dari ustazah buat semua pembaca diruang ini. Maaf kerana telah terlalu lama tidak menulis untuk tatapan semua pembaca yang dikasihi Allah.
Kali ini suka ustazah nak berbincang dan merangsang minda pembaca dengan tajuk yang terilham dikepala ustazah.
Iaitu :
1. “Mengapa Kita bertudung?”
adakah kita bertudung kerana terikut2 orang, dimarahai ibubapa? atau sebab dah lanjut usia? Untuk makluman semua dan semua pun telah sedia maklum bahawa didalam agama Islam yang suci, hukum bertudung atau menutup aurat adalah wajib bagi setiap perempuan dan wanita. Cara bertudung pula mestilah labuh dibahagian depan. ini bertujuan untuk menutup aurat perempuan dibahagian dada yang sangat perlu dilindungi.
2. Perlukah kita bertudung?
Ya, sangat perlu. Perintah Allah yang perlu dilaksanakan segera, terutama setelah anda cukup umur “baligh”.Demi menjaga maruah diri, bangsa dan agama. Banyak sangat faedahnya dapat melindungi diri dari bahaya musuh yang bernafsu serakah dan berakal singkat. Yang paling utama dapat membezakan antara wanita itu muslimim ataupun tidak.
3. Orang bertudung pun buat maksiat?
Inilah soalan yang selalu ditanya pada ustazah. Senang sahaja jawapannya Firman Allah barangsiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarrah akan dibalas oleh Allah, bagitu juga barangsiapa yang melakukan kejahatan walaupun sebesar zarrah tetap jua akan menerima balasan dari Allah. Ini bermakna apabila seseorang wanita yang bertudung itu memakai tudung beliau akan mendapat balasan pahala, sebaliknya juga sekiranya dia melakukan kejahatan dan maksiat tetap jua akan mendapat balasan dosa. Tetapi percayalah apabila kita bertudung dengan niat yang ikhlas dan melaksanakan perintah Allah , kita akan terhalang atau terhindar dari melakukan dosa, insyaAllah.
Sekian dahulu buat titipan kali ini.
salam ukhwah jumpa lagi.
-ustazah azimah-



September 11th, 2009 at 8:33 am
Assalamualaikum ustazah,bersua lagi kita..saya harap ustazah tidak lelah dengan pertanyaan saya.Ia melibatkan soal dalaman saya,hati.Ustazah,saya pernah merasakan mahu memakai purdah/niqab.tetapi dengan tujuan untuk ‘menutup’ terus diri saya dari masyarakat.tidak mahu orang kenal saya,jadi pelindung diri saya dari melakukan perkara2 ke arah maksiat/keburukan.Saya sebenarnya jadi takut,lemas dan risau bila berada dalam kelompok org ramai kerana saya merasakan telah banyak kemungkaran yg saya lakukan,telah lama rasanya hal ini bersarang dalam diri saya,tetapi saya cuba berpura pura untuk bertahan..dan perasaan syak wasangka saya terhadap manusia juga kadang2 agak melampau.bagaimana ya ustazah,apakah hukumnya andai benar saya memakai purdah/niqab suatu saat nnti?dan pada pendapat ustazah adakah saya ini punya penyakit hati dan memerlukan rawatan atau adakah ia ssuatu yg normal berlaku bg kt manusia biasa?saya harap ustazah dapat membantu saya..moga Allah merahmati ustazah sekeluarga..