Beriman kpd qada’ dan qadar (rukun iman ke 6)

Assalamualaikum…wbt

Salam pengenalan buat semua. Ini adalah post pertama ustazah kali ini. Pada Jumaat yg lalu ustazah ada kelas agama d thun4 di sek ustazah mengajar. Seronok pulak tajuk nie. Jadi ustazah suka nak kongsikan di dalam “first post” kat sini (eh ckp omputih pulak ustazah ni) .

Apakah yang dimaksudkan dgn Qada’ dan Qadar.

Pengertian Qada’ ialah sesuatu yg berlaku kepada seseorang samada perkara yang baik dan buruk yg telah ditetapkan oleh Allah swt sejak azali lagi. sebagai contoh rupa paras, ketentuan rezeki, ajal maut dan juga jodoh.

Pengertian qadar pula ialah perlaksanaan qada ‘ itu tadi berlaku. Contohnye : Amir berjaya di dalam perniagaannya ketika berumur 40tahun.

Oleh sebab itu jangan lah kita berhenti berusaha dan berputus asa kecewa kerana sudah puas kite berusaha namun kejayaan masih belum kita miliki. Kerana telah tertulis di azali lagi bahawa kita akan memperolehi kejayaan pada suatu masa yang kita sendiri pun tak tahu.

Tetapi janganlah pula semuanye sudah tertulis, kita pun malas pulak nak berusaha nak tunggu dan lihat sahaja kerana kan Allah dah tentukan…?! tak payah susah2lah.

Eh..tak bolehlah mcm tu… Kerana Allah sudah berfirman Yg bermaksud “tidak akan berubah sesuatu Qada’ itu melainkan dengan doa” doa dan usaha… ikhtiar seterusnya bertawakallah kepada Allah kembali. Doa sahaja tak cukup tau..ingat tuu..

Sekian dulu buat kali ini InsyaAllah kita jumpa lagi.

5 thoughts on “Beriman kpd qada’ dan qadar (rukun iman ke 6)

  1. salam kembali t.kasih kpd saudara yg bertanya. tentg kesan atau faedah nantikan post ustazah akan dtg ya. Syukran

  2. Salam Ustazah…sy kurg jelas adkah qada’ yg mampu kita ubah dgn doa & usaha.Cthnya, ajal kita telah ditetapkn Allah sejak azali lg, telah tertulis di Luh Mahfuz, bolehkh kita berdoa utk pnjgkn umur? ke camne?

  3. salam, Ye qadak itu boleh berubah dengan doa seperti hadis Nabi saw yg bermaksud ” itu berubah qadak itu melainkan dengan doa”. Ye boleh kita berdoa untuk panjang umur. tapi semuanya terpulanglah kepada Allah jua nmyang menghendakkinya bagaimana. Jika sudah tertulis di Luh Mahfuz pun kita tak tahukan, dan jika sekiranya Allah mengubahkan qadak itu dgn doa kita pun kita tak tahu kan. Jadi janganlah pening2 kepala nak fikirkan jauh2.. sebab memang tak tercapai dek fikiran kita pun. Tugas kita ialah apa yg perlu kita lakukan ialah buat yang diperintahkan tinggal yang dilarang Allah, berusaha berdoa dan bertawakkal ye. Semoga saudari akan dirahmati Allah selalu ye..
    Wassalam

  4. salam ustazah

    “…Apakah yang dimaksudkan dgn Qada’ dan Qadar.

    Pengertian Qada’ ialah sesuatu yg berlaku kepada seseorang samada perkara yang baik dan buruk yg telah ditetapkan oleh Allah swt sejak azali lagi…………”.

    kemusykilan saya: Si A telah ditetapkan sejak azali utk menjadi kufur. Dan Si B telah ditetapkan sejak azali utk menjadi mukmin. Macam mana nak jelaskan keadilan Allah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>