Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Pisang dan Hati..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukwahpisang
Bertemu lagi kita dikesempatan ini, dengan rasa syukur dipanjatkan ke hadarat Yang MAha Esa ustazah mampu lagi berkongsi sebuah tazkirah yg ustzah baca dan sangat tertarik dengannnya.. Lalu ustzah ingin kongsikan disini buat tatapan pengunjung blog ustazah azimah samada yang baru dan yang lama dan yang setia. Tajuk Tazkirah ini :
“PISANG DAN HATI”
Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari… Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
‘Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya’ beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
‘ Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?’ tanya Cikgu Maryam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk .
‘Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu’ beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci

daripada membebani hidup.. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA:

• Jauhi perasaan hasad dengki, menjadi batu api, cucuk menyucuk kepada orang lain dan kawan sendiri, selalu mengadu-ngadu dan membuat fitnah atas perkara yang remeh dan kecil. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina dalam hidup.

• KAMU tidak akan bahagia dalam kehidupan. Dan jangan lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan mendengar.Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu MahaMengetahui. InsyaAllah sumpahan KAMU dengan nama Allah akan mendapat balasan di dunia ini juga.. bukan  untuk di akhirat nanti…. kerana kamu mempermainkan nama Allah dan kebesaranNya untuk menganiayai seseorang.. dan

INGATLAH SESUNGGUHNYA DOA ORANG TERANIAYA SELALU NYA DIMAKBULKAN…..

“Warnakan diri dengan keikhlasan..lukiskan diri dengan senyuman. Gambarkan wajah dengan kemuliaan. Lakarkan budi dihati dengan kesucian”

Sekian , Wassalam

Ehsan kredit dari blogupi  ppdku

-ustazah azimah-

Sam’iyat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. kiamat

Bertemu lagi kita dengan tulisan ustazah pada kali ini dan suka ustzah untuk berkongsi tajuk “SAM’IYAT”

Pengertian Sam’iyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis.

Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:
” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” - surah al baqarah

Contoh2 perkara sam’iyat:

1. Alam Barzah - alam kubur
2. Soalan kubur - soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah

Semasa mengajar tajuk Sam’iyat ini di dalam kelas tahun 6 ada seorang murid bertanya JIN, SYAITAN dan HANTU tu termasuk dalam perkara2 sam’iyat ke ustazah? Ustazah menjawab “YA”.. kerana JIn , Syaitan itu tidak dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi hanya dengan izin Allah swt sahaja ada sesetengah orang yang mampu melihat dan bercakap dengan makhluk tersebut, Wallahu’alam…

Wassalam

-ustazah azimah-

Orang Ikhlas Tertindas..?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita kali ini dan ustzah suka berkongsi sebuah tazkirah yang baru ustazah baca dan jadikanlah renungan buat kita semua ye..
supaya kita berkerja dengan ikhlas dan melakukan tugas yg diamanahkan kepada kita.

Jom kita baca sama2.

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? bacaan selanjutnya… »

Dosa kecil dan Dosa besar..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita dengan kesempatan yg ada ini , Syukur Alhamdulilah ustazah mencari juga ruang dan masa untuk menuliskan sesuatu buat bacaan rakan2 pelawat adan pengunjung yang dirahmati Allah.

Suka kali ini ustazah berkongsi tajuk “DosaKecil dan Dosa Besar”

Pengertian Dosa Kecil:

Amalan yang dilakukan yang dilarang oleh Allah tetapi tidak disertai ugutan dan ancaman dari Allah.

Pengertian Dosa Besar pula ialah:

Amalan yang dilakukan yang dilarang oleh Allah disertai dengan ugutan dan ancaman dari Allah

Contoh2 Dosa Kecil:

1. Membazir

2. Membuang Masa

3. Membuang sampah merata-rata

4. Melihat perkara2 yg maksiat

5. Mendengar perkara/lagu2 yang melalaikan

Contoh Dosa2 Besar:

1. Syirik

2. Sihir

3. Membunuh

4. Minum Arak

5. Berzina dan liwat

6. Menuduh orang berzina(fitnah)

7. Derhaka kpd ke2 ibu bapa

8. Lari dari medan perang

9. Putus Asa dari rahmat Allah

Oleh itu marilah kita sama2 menjauhi perkara2 yg menyebabkan kita mendapat dosa samada dosa kecil atau dosa besar.

Firman Allah yg bermaksud:

“sesengguhnya orang yg mendapat balasan kebaikan adalah orang yg menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yg kecil-kecil (yg mereka terlanjur melakukannya, maka ianya dimaafkan) sesungguh Allah itu Maha Luas PengampunanNya” Ayat 32:Surah An Najm

Wassalam

-ustazah azimah-

Ganjaran Sentiasa Berzikir..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah..orgpegg-tasbih

Syukur Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Rabbul ‘Izzati kerana ustazah masih mampu untuk menulis lagi buat semua pembaca yang dirahmati Allah.

Suka hari ini ustzah kongsikan ganjaran bagi orang yang sentiasa berzikir.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasullulah saw bersabda:

” Allah swt berfirman:

Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengngati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya diri-Ku.

Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya aku akan mengingatinya dalam dalam suatu kaum yang lebih baik dari mereka.

Apabila mereka mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekati mereka dengan jarak sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku dengan jarak sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.

Apabila diadatang  kepada-Ku dalam keadaan berjalan biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak”.

Kesimpulan dari hadis di atas ialah:

1. Allah swt sangat menjaga orang yang sentiasa berzikir

2. Allah swt selalu hampir dan dekat dengan orang yang berzikir

3. Berzikir sangat banyak kelebihannya

4. Selalulah berzikir untuk ketenangan hati dan meraih kasih sayang Allah

Wassalam

-ustazah azimah-

Jangan tinggalkan Ibadat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwahorgsujud

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih boleh bertemu di alam maya, dan ustazah boleh menulis catatan untuk dikongsikan bersama2 pembaca2 yang dirahmati Allah.

Hari ini suka ustazah berkongsi tajuk ” Jangan Tinggalkan Ibadat “..

Pernyataan ini untuk mengingatkan diri ustazah sendiri dan juga sahabat2 pembaca semua..

1.Kita sebenarnya mestilah selalu berzikir dan mmengingati Allah SWT tidak kira di mana sahaja kita berada.. sedanag duduk kah, sedang berdirikah atau sedang diamkah.. atau sebagainya.

2.Solat juga sebagai tiang agama janganlah kita tinggalkan dengan sengaja melainkan kita terlupa atau tertidur maka wajiblah kita qada’ atau ganti dengan segera.

3. Membaca Al-Quran sebagai satu ibadah sunat untuk memohon dan mendapatkan syafaat. Quran itu tanpa kita sedari mampu memberi syafaat kepada kita di alam kubur atau di akhirat nanti kepada para pembacanya yang setia.

4. Solat Tahajjud juga salah satu lagi ibadah sunnat yang sangat dituntut kerana orang yang rajin melakukan ibadah solat sunat tersebut akan memiliki hati yang bersih, wajah yang bercahaya kerana hidung dan dahinya akan menjadi saksi mereka bersujud kepada Allah.

Ini juga akan memudahkan mereka menghadapi sakratul maut, menerima buku amalan dengan tangan kanan, mudah meniti titian sirat dan mudah menghuni syurga Allah , InsyaAllah..

Sekian buat kali ini. Wassalam

-ustazah azimah-